Dua Kereta berbeza ... Bertemu dijalanraya.. Pemandunya terpingga-pingga.. Kerana Nombor platnya sama .. Tekedu lidah dari berkata ... Polis di panggil untuk siasat puncanya .. Yang pasti ada yang tidak kena
TELUK INTAN - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.
Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.
Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain.
Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.
Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.
Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.
“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada. Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan.
kete clon.. kat pesbuk group kete sambung bayar berlambak org post jual kete yg di declare singapore scrap car. harga murah gilak. nak siap document tambah lg rm10k.. dorang nak wat copy geran dan roadtax ler tu.
selalunya dorang kawtim ngan tokey bengkel untuk cari kete diklonkan. kalau ada kete excident yg total lost xder perlindungan insuran or xlayak claim insuran (x cover bencana alam)tokey akan kawtim ngan pemilik asal untuk beli kete tu ngan rega scrap. klu pemilik jenis wat xnak ambik tau dah pasal kete kat bengkel tu lagi la tokey bengkel suka.
Last Edit: Nov 18, 2014 9:06:49 GMT 8 by anaktimur
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
kira kes kantoi la ni.. tapi bab no plate clon+jenis/kaler kereta sama ni memang kes naya kalo niat dia nk buat jenayah. cam jadi kt sorang yg saya kenal. polis dtg rumah cakap kereta dia terlibat kes ragut. ada saksi nampat kereta dia tempat kejadian walhal hari tu dia dok kt rumah je.. siap kena gi balai tunjuk alibi.. aha