Post by manjacat on Nov 18, 2014 19:04:19 GMT 8
dekat umah amsaberi je ni. kahhhhhhhhh
oklah. dekat dengan umah aku juga
sebab tu aku tepek berita ini
IPOH – “Kami tak cakap pun tak bagi mereka tak berniaga langsung. Kami hanya nak berbincang untuk mudahkan urusan pesakit untuk keluar masuk ke sini,”
Itu reaksi pihak pengurusan Klinik Dr Raoofah di Silibin yang kesal dengan tindakan segelintir peniaga pasar tani, pasar malam serta bazar Ramadan di situ yang mengadakan demonstrasi kelmarin termasuk dengan meletakkan batu bata di hadapan klinik berkenaan.
Pakar sakit puan, Dr. Raoofah Mohamed Amir berkata, pihaknya benar-benar kesal dengan tindakan peniaga berkenaan kerana mereka sememangnya bercadang untuk berbincang dan mencari penyelesaian terhadap perkara berkenaan.
“Kenapa mereka kata kami tak benarkan mereka berniaga? Ini fitnah. Kami cakap depan ni sahaja, supaya pesakit boleh masuk dan keluar ke sini. Walaupun kami tak ada klinik, tapi pesakit yang sudah bersalin atau akan bersalin sentiasa hadir ke sini. Jadi tak ke susah, kalau mereka blok (sekat), jalan ni?
“Lagi satu, kalau ada kes-kes kecemasan yang perlu hantar ke hospital dengan segera, macam mana ambulans nak masuk ke kawasan klinik? Kalau berlaku kepada keluarga mereka sendiri apa perasaan mereka? Mesti susah hati kan? Tapi kenapa apabila libatkan orang lain mereka salahkan kami pula?,” katanya kepada Sinar Harian.
Raoofah berkata, pihak klinik juga menyangkal dakwaan peniaga berkenaan bahawa dirinya tidak menyelidik kawasan persekitaran sebelum memulakan operasi klinik berkenaan di situ.
“Sebelum memulakan operasi klinik ini saya dan survey dulu tempat ini. Hasilnya, satu tahu had untuk pasar tani dan juga bazar Ramadan hanyalah setakat di depan sebuah bank di sini. Tapi itu pada 2008 dan tahun demi tahun gerai-gerai dilihat semakin hari semakin bertambah,” katanya.
Raoofah berkata, memang pernah terjadi kes pesakit yang bersalin di dalam kereta akibat kesesakan di hadapan klinik berkenaan sebelum ini.
“Perkara berkenaan berlaku ketika bazar Ramadan tak lama dahulu. Gerai-gerai penuh diwujudkan sehingga ke hujung jalan. Pesakit berkenaan telah pecah air ketuban hingga memaksa kakitangan kami pula berkejar dengan kerusi roda mendapatkan pesakit berkenaan," katanya.
Sementara itu Raoofah berkata, pihaknya tidak mahu memperbesarkan lagi perkara ini walaupun dirinya berhak mengambil tindakan berhubung perkara berkenaan.
Dalam pada itu, pihak MBI ketika dihubungi menjelaskan bahawa perkara berkenaan akan diteliti dan diajukan kepada jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut.
Kelmarin, seramai lebih 50 wakil peniaga yang hadir mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan klinik berkenaan yang didakwa menghalang mereka berniaga di kawasan itu.
Peserta demonstrasi itu juga membawa bersama batu bata sebagai simbolik terhadap kesan masa depan perniagaan mereka pada masa akan datang.