Post by helija on Dec 1, 2014 6:32:05 GMT 8
Islam mengajar, perlantikan jawatan berasaskan kepada kelayakan. Malahan, perlantikan yang tidak berasaskan kepada kelayakkan, akan memberi implikasi kehancuran. Perkara ini ditekan oleh Nabi Muhammad saw dalam hadis bahawa Baginda saw ada berkata bahawa disandarkan sesuatu urusan itu bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran. (al-Bukhari, بَابُ مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ، فَأَتَمَّ الحَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ, hadis no : 59)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ القَوْمَ، جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ: سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ: «أَيْنَ - أُرَاهُ - السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ» قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ»، قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: «إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ»
Perlantikan berdasarkan kepada kelayakkan ini, bukan sekadar agama yang menyatakannya, malahan, sesebuah syarikat yang mahu maju, sudah pasti perlantikan jawatan-jawatan dalam syarikat tersebut berasaskan kepada kelayakkan. Perlantikan seseorang berjawatan dalam syarikat yang tidak berdasarkan kepada kelayakkan, akan memberi implikasi bankrap dan mundur pada syarikat terbabit.
Ekoran itu, perlantikan jawatan berdasarkan keturunan bukan cara yang dikehendaki oleh islam. Perkara ini amat jelas seperti dalam hadis bahawa Nabi Muhammad saw pernah menyatakan bahawa seorang lelaki dari Bani Umayyah akan menukar sunnah Nabi saw. Perkara ini pernah dinyatakan oleh al-Syaikh Albani. Beliau menjelaskan bahawa pertukaran yang dimaksudkan itu merujuk kepada jawatan politik dari bentuk pemeritahan Nabi Muhammad kepada bentuk pemerintahan secara monarki. (Syaikh Nasir al-Din al-Albani, Silsilah al-Ahadis al-Sahihah, jld 4, hlmn 330 - 331, hadis no : 1750)
" أول من يغير سنتي رجل من بني أمية ". أخرجه ابن أبي عاصم في " الأوائل " (7 / 2) : حدثنا عبيد الله بن معاذ حدثنا أبي حدثنا عوف عن المهاجر أبي مخلد عن أبي العالية عن أبي ذر أنه قال ليزيد ابن أبي سفيان: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فذكره. قلت: وهذا إسناد حسن، رجاله ثقات رجال الشيخين غير المهاجر وهو ابن مخلد أبو مخلد، قال ابن معين: " صالح ". وذكره ابن حبان في " الثقات ". وقال الساجي: " صدوق ". وقال أبو حاتم: " لين الحديث ليس بذاك وليس بالمتقن، يكتب حديثه ". قلت: فمثله لا ينزل حديثه عن مرتبة الحسن. والله أعلم. ولعل المراد بالحديث تغيير نظام اختيار الخليفة، وجعله وراثة. والله أعلم.
Bukan al-Syaikh Albani sahaja mengatakan begitu, malahan dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Saudi juga pernah mengakui perkara itu. (lihat dalam al-Lajnah al-Daiman li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, jld 3, hlmn 403)
السؤال الثاني من الفتوى رقم (6363) : س2 قال صلى الله عليه وسلم «الخلافة بعدي ثلاثون سنة ثم تكون ملكا عضوضا» ولهذا قال معاوية رضي الله عنه بعد انقضاء الثلاثين سنة، أنا أول الملوك
Jelas di sini, bahawa bentuk pemerintahan monarki adalah bentuk yang bidaah yang tidak selaras dengan cara Nabi Muhammad saw. Bukan sekadar ia terpamer menerusi hadis, malahan sistem ini mempamerkan bahawa manusia menjadi pemimpin bukan berdasarkan kepada kelayakkan, tetapi berdasarkan kepada keturunan.
Jika Islam meletakkan bahawa jawatan itu berdasarkan kepada keturunan, sudah pasti di sini kelihatan bahawa agama Islam mewujudkan konsep kasta sesama manusia. Tanggapan sebegini sudah pasti bercanggah dengan ajaran islam sendiri, kerana Baginda saw sendiri hadir untuk hapuskan budaya kasta sesama manusia.
Yang pasti, perlantikan jawatan berdasarkan kelayakkan untuk memastikan pengurusan terhadap kebaikan rakyat itu tercapai dengan baik. Tanpa kelayakkan, pengurusan rakyat akan banyak terabai. Ekoran itu, Islam mengajar bahawa jawatan adalah amanah, bukan kebanggaan. Malahan, dinyatakan oleh Nabi Muhammad saw sebagai kesengsaraan di akhirat kelak, iaitu bagi mereka yang tidak berjaya melaksanakan amanah itu dengan baik. Perkara ini pernah dipesan oleh Nabi Muhammad saw kepada Abu Zar. (Muslim, بَابُ كَرَاهَةِ الْإِمَارَةِ بِغَيْرِ ضَرُورَةٍ, hadis no : 1825)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةُ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا»
Lebih parah lagi, ada sebilangan menganggap bahawa kalangan penguasa berdasarkan keturunan ini digelar sebagai ketua agama Islam. Tidak diketahui, sejak bila agama ini mengiktiraf selain Nabi Muhammad saw sebagai ketua agama Islam. Dalam tradisi sunni, dianggap sahabat sebagai kalangan yang dipuji ekoran amalan agama mereka. Namun, tidak ada seorang pun sahabat Nabi saw, hatta setahap mereka yang dijanjikan syurga semasa masih hidup; mereka sendiri tidak pernah mengisytiharkan diri mereka sebagai ketua agama Islam. Habis-habis tinggi, mereka anggap diri mereka sebagai ketua orang mukmin (arab : Amir al-Mukminin) sahaja.
Mendakwa diri sebagai ketua agama Islam, seakan-akan mendakwa mereka setahap dengan Nabi Muhammad saw. Keadaan ini sudah pasti bercanggah dengan ajaran islam, kerana Nabi Muhammad saw dijanjikan penjagaan dari Allah swt. Ia dikenali sebagai maksum. Dalam keadaan Nabi Muhammad saw yang mendapat penjagaan dari Allah swt, baginda saw tidak pernah merasakan diri baginda sebagai kebal dari dikritik dan dipersoalkan. Malahan, dalam banyak hadis dipamerkan bahawa pernah Nabi Muhammad saw dipersoalkan oleh para sahabat. Ia bukan sekadar tidak dilarang oleh baginda, malahan apabila terbukti bahawa Sahabat yang mempersoalkan Nabi saw itu betul, baginda saw akui perkara yang dibangkitkan oleh sahabat tersebut. Ini dapat dibuktikan dalam kejadian pendebungaan pokok kurma, dan kejadian peperangan, yang ada sebilangan sahabat menyatakan bahawa tempat bertapak dalam medan perang yang ditetapkan oleh Baginda saw sebagai tidak strategi dan mencadangkan agar bertukar di tempat yang lain.
Keadaan ini berbeda dengan kalangan yang mendakwa diri mereka sebagai ketua agama Islam. Masakan berakhlak islam, malahan mereka sendiri kadangkala adalah pelaku maksiat yang diharamkan dalam islam secara jelas. Mereka bukan sekadar tidak boleh dikritik dan dipersoalkan, malahan dikenakan hukuman terhadap kalangan yang mempersoalkan sebarang tindakan mereka, walaupun terbukti tindakan mereka itu bercanggah dengan islam. ini semua adalah gambaran bahawa mereka adalah kalangan yang memperalatkan agama demi kekuasaan. Tindakan mereka menggambarkan mereka adalah kalangan yang tidak bertanggungjawab terhadap agama islam yang indah ini.
Kadangkala, kewujudan manusia yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan imej agama Islam menjadi rosak. Kesan dari rosaknya imej islam ini, tidak hairan islam semakin dibenci dan ditinggalkan oleh manusia sedikit demi sedikit. Islam tidak salah, tetapi yang salah adalah kalangan yang memperalatkan islam.
Wallahu ‘Alam
1 disember 2014 – 5:08 pagi
sos_cili