Post by manjacat on Dec 23, 2014 21:00:01 GMT 8
KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dikeluarkan semalam bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, bahkan menimbulkan tanda tanya apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.
Sikap berkunci mulut pihak berkenaan menyebabkan sehingga pukul 6 petang semalam tiada satu pengumuman dibuat mengenai jumlah pelajar tingkatan 3 yang mendapat keputusan semua A dalam PT3, pelajar terbaik keseluruhan atau sekolah cemerlang seperti mana yang biasa dilakukan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.
Ujian bertulis PT3 diperkenalkan untuk mengantikan PMR mulai tahun ini.
Kumpulan wartawan yang cuba mendapatkan kenyataan semakin pening kepala apabila diarahkan terus ke sekolah untuk mengetahui keputusan PT3 sedangkan peperiksaan tersebut melibatkan sebanyak 2,608 pusat peperiksaan terdiri daripada 453,413 pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia.
Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dilakukan Kosmo! di sekolah-sekolah cemerlang setiap negeri mendapati berlaku penurunan ketara pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil berbanding PMR tahun lalu.
Di ibu negara, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki, Latifah Mahfod berkata, daripada keseluruhan 178 calon yang menduduki PT3 hanya seorang pelajar yang direkod mencapai keputusan 10A dalam semua subjek.

ok. aku tau korang semua tak amek tau sangat pasal mende ni
tapi highlights di sini adalah keputusan PT3 tak sepower PMR
kalau dulu, bila result PMR keluar, esoknya keluar paper anak pesawah 10A, anak kembar 10A, sekolah dok lumba ranking tengok sape result PMR paling power dan paling banyak dapat 10A...
tahun ni.. senyap.
maybe sebab polisi tahun ni adalah keputusan tak diumumkan
....tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.
atau maybe sebab tahun ni semua bertulis instead of multiple choice
Ujian bertulis PT3 diperkenalkan untuk mengantikan PMR mulai tahun ini
so, wajarkah kita menekan butang panik?
adekah ini bermaksud sukatan pelajaran semakin susah, sampai payah nak dapat A?
atau mungkin budak Form 3 sekarang ini bertambah bangang?
mungkinkah budak Form 3 semua ralit dengan gajet sampai lupa nak belajar?
atau atau.... pendek kata. bincangkan.