Post by manjacat on Dec 23, 2014 21:03:09 GMT 8
Orang ramai yang melancong ke luar negara dan membawa pulang barangan bernilai maksimum RM500, tiga pasang baju, sepasang kasut, satu karton rokok (20 kotak) dan sebotol minuman keras satu liter tidak akan dikenakan cukai apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksana mulai April tahun depan.
Peraturan itu diguna pakai untuk semua orang yang meninggalkan dan kembali ke Malaysia selepas 72 jam.
Pengarah Kastam Bahagian GST, Datuk T. Subromaniam berkata, hasil beli-belah yang melebihi had di atas tidak kira dalam bentuk barang, cenderamata atau makanan akan dikenakan cukai (passenger tax) pada kadar 30 peratus.
"Had pembelian untuk kasut dan pakaian bagaimanapun adalah tidak terhad kepada jenama atau harga, orang ramai yang membawa masuk sepasang kasut berharga RM10,000 juga akan dikecualikan cukai," katanya kepada China Press.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai implikasi pelaksanaan GST ke atas orang ramai yang membeli-belah ketika melancong di luar negara.
Subromaniam berkata, cukai dikenakan pada kadar antara 10 hingga 30 peratus sebelum ini tetapi kadar itu diselaraskan mulai April tahun depan.
Beliau berkata, sekiranya hasil beli-belah tidak diisytihar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, individu berkenaan berdepan risiko didenda maksimum RM5,000 selain perlu melangsaikan cukai yang dikenakan.
China Press melaporkan, negara jiran Singapura menetapkan supaya rakyatnya yag meninggalkan negara melebihi 48 jam boleh menikmati pengecualian GST jika hasil beli-belah tidak melebihi Dolar Singapura 600 (RM1,560).
Sekiranya rakyat Singapura meninggalkan negara kurang daripada 48 jam, maka kadar pengecualian cukai dikurangkan kepada Dolar Singapura 150 (RM390).
Hasil beli-belah yang dimaksudkan merangkumi pelbagai jenis barang, cenderamata, hadiah dan makanan.
Rakyat Singapura yang gagal mengisytihar hasil beli-belah yang dikenakan cukai boleh didenda Dolar Singapura 10,000 (RM26,000) atau denda 20 kali ganda ke atas nilai cukai malahan dipenjara sehingga tiga tahun.