Post by manjacat on Dec 25, 2014 11:32:51 GMT 8
KUALA LUMPUR: Keputusan FAM untuk membenarkan empat pemain import diturunkan serentak dalam perlawanan Liga Malaysia mendapat reaksi berbeza daripada peminat Liga Malaysia.
Harus diakui, sejak tenaga import kembali mewarnai bola sepak tempatan pada 2012, kualiti Liga M dilihat semakin meningkat kerana mampu menggamit lebih ramai penyokong ke stadium.
Mereka ini menambah kualiti daripada sudut kualiti permainan yang lebih baik, daripada permulaan dua, kini kuota pemain import di atas padang diperluaskan kepada empat orang.
Di liga utama Eropah juga ada yang menggunakan status pemain EU, klasifikasi sebagai pemain import.
Sedangkan di Liga Bola Sepak Inggeris, sudah ada perdebatan mengenai tenaga asing yang terlalu ramai digunakan dalam sesebuah kelab sehingga dianggap menjejaskan prestasi bola sepak kebangsaan itu sendiri.
Pada awal 2005, UEFA meletakkan peraturan mewajibkan setiap kelab membariskan empat pemain tempatan dalam senarai 25 pemain. Langkah ini bagi melindungi kepentingan bakat di Eropah sendiri agar terus menjadi kuasa besar dalam bidang ini.
Persoalannya, mengapakah FAM tidak peka mengenai isu sebegini, apatah lagi jika mahu membandingkan fizikal pemain kita yang ternyata bersusuk lebih kecil.
Lihat berapa ramaikah pemain import yang bersandarkan kelebihan fizikal berbanding kemahiran? Malah cenderung menggajikan pemain import daripada Amerika Latin dengan kelebihan fizikal berbanding produk kemahiran mereka.
Tidak dapat disangkal sebagai pemain profesional, pemain kita harus bersaing, tetapi dalam pada masa yang sama perlulah mengimbanginya kepada bakat tempatan kerana matlamatnya adalah meningkatkan mutu.
Soal pemain import membantu sesebuah pasukan, ya tidak dapat disangkal lagi. Tetapi kebanyakkannya bersifat sementara kerana lebih mengutamakan keputusan semasa.
Pada masa ini rata-rata setiap pasukan mendaftarkan penyerang, pemain tengah dan pertahanan. Seharusnya khidmat pemain import dihadkan kepada dua orang sahaja, dan ini akan memaksa percaturan pasukan untuk lebih bijak memancing pemain import di posisi tertentu sahaja.
Seorang pemain kelab yang enggan dikenali berkata, ada para pemain tempatan mempunyai kemahiran teknikal dan sangat menyerlah dalam latihan, tetapi faktor kekurang keyakinan penyebab dia gagal menggunakan kemahirannya secara optimumnya dalam perlawanan sebenar.
Pemain sayap yang membantu pasukannya itu melayakkan diri dalam Liga Super musim depan turut berkata jurulatih juga selalu berada dalam keadaan tersepit kerana pemain import bergaji mahal, sudah tentu pengurusan tidak akan berasa senang dengan situasi jika mereka sekadar memanaskan bangku simpanan.
Akibatnya arahan taktikal juga menjadi terlalu mudah, kerana pemain tempatan diarah mencari pemain import terus untuk dihantar bola kepada mereka.
Dalam pada masa yang sama, FAM wajar mempertimbangkan semula peraturan kuota pemain muda di atas padang.
Lihat sahaja kejayaan kita menakluk bola sepak ASEAN, kerana pemain bermain secara kompetitif lebih kerap selain peraturan mewajibkan pemain bawah 19 tahun di atas padang.
Okay. aku rasa mende ni best gak dibincangkan di thread sendiri.
sebelum ni, Liga Malaysia cuma buleh ada 3 pemain import
cuma baru baru ni je, Liga Malaysia dibenarkan sign 4 pemain import, dengan 3 pemain buleh main serentak.
ini membolehkan teams dari liga Malaysia compete sket dalam AFC, di mana rata rata diorang semua pakai at least 4 pemain import.
cuma tahun ni, pendekatan baru sket, buleh pakai 4 pemain import serentak.
drawback dia aku rasa korang pun dah tahu. takde chance untuk player malaysia untuk main key position dalam bolasepak, particularly striker.
anyway, ape pendapat korang?
silalah memberikan sepatah dua kata