Post by manjacat on Jan 3, 2015 14:19:20 GMT 8
Ape citer ni.
harga minyak turun, tapi harga barang naik
berita 1
berita 2
harga minyak turun, tapi harga barang naik
berita 1
Kekurangan bekalan, harga sayur naik sekali ganda di Pahang
January 1, 2015 bhnews@bh.com.my
KUANTAN: Kekurangan bekalan sayur-sayuran berikutan banjir yang melanda lapan daerah di negeri ini sejak minggu lalu menyebabkan harga bahan makanan itu naik sekali ganda.
Tinjauan BH di Pasar Besar Kuantan mendapati sayuran hijau seperti kailan, sawi dan kubis paling ketara mengalami kenaikan harga mendadak apabila kailan dijual pada harga RM10 sekilogram (kg) berbanding hanya RM5 sebelum ini manakala sawi dijual RM7 satu kg berbanding RM3 sebelum ini dan kubis naik antara RM5 hingga RM6 satu kg (RM3 hingga RM3.50 satu kg sebelum ini).

Pengguna resah barang naik 100 peratus
oleh SinarHarian
ALOR STAR - Orang ramai di daerah ini merungut apabila harga bagi barang basah khususnya sayur-sayuran yang dijual di beberapa pasar borong di sini melambung sehingga melebihi 100 peratus daripada harga asal.
Tinjauan di pasar borong Alor Star dan Simpang Kuala di sini mendapati kenaikan harga melibatkan cili, santan dan daging import selain beberapa jenis sayur-sayuran.
Pengguna meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengatasi masalah itu.
Harga cili besar ialah RM15 setiap kilogram berbanding RM5 satu kg, cili padi RM9 sekilogram daripada RM3, santan RM7 sekilogram daripada RM3.50 sekilogram dan daging import RM10 sekilogram daripada RM6.50.
Seorang peniaga makanan, Ismail Midin, 65, berkata, dia terpaksa juga membeli cili dan santan pada harga yang lebih mahal kerana tidak ada pilihan.