Post by manjacat on Jan 10, 2015 23:12:39 GMT 8
Ok, artikel hari ni.
macam biasa, aku kopy daripada pesbuk
bolehlah jadi bahan bacaan malam ini.
nanti free free aku komen.
macam biasa, aku kopy daripada pesbuk
bolehlah jadi bahan bacaan malam ini.
nanti free free aku komen.
Kelab yang berasaskan kawasan seperti daerah atau negeri sebenarnya ada fanbase yang lebih organic atau natural berbanding kelab-kelab organisasi atau syarikat, kerana kelab-kelab sebegini dibentuk berasaskan semangat kemasyarakatan. Build from the ground up. Malah sebagai rekod, di Jerman kelab yang terbentuk daripada kelab syarikat seperti Bayer Leverkusen, VFL Wolfsburg, dan Red Bull Leipzig sebenarnya dianggap sebagai kelab plastik oleh supporters kelab lain yang berasaskan masyarakat, kerana asal usul mereka. Mereka sebolehnya, tidak mahu syarikat korporat memiliki mahupun mengawal kelab bola sepak kerana pada pendapat mereka, kelab sepatutnya dimiliki & dikawal oleh supporters.
Apa yang paling teruk bila mana kelab dimiliki atau dikawal oleh syarikat atau organisasi? Penyertaan kelab akan bergantung kepada dasar organisasi asal. Bermakna jikalau syarikat menarik diri daripada bertanding untuk cut cost, maka akan berlaku masalah di dalam perjalanan liga. Contoh ini akan jadi lebih ketara bilamana keadaan ekonomi merosot seperti era kegawatan ekonomi dulu dan jangan terkejut bila liga terpaksa dihentikan atau dibubarkan akibat banyak kelab syarikat menarik diri.
Dalam bahasa mudah, bola sepak negara akan terlalu bergantung kepada organisasi & korporat, bukannya masyarakat yang menjadi heartbeat & lifeblood bola sepak negara.
Atas sebab ini, salah satu perancangan J-League ialah menekan atau memaksa kelab-kelab syarikat di dalam liga bola sepak Jepun supaya dipisahkan daripada syarikat asal mereka dan diserahkan kepada komuniti setempat. Jadi kelab seperti Nissan Motors diserahkan kepada Yokohama sebagai Yokohama Marinos, sementara Toshiba SC pula diserahkan kepada Kashiwa sebagai Kashiwa Reysol.
Lihat kejayaan dasar J-League yang memaksa kelab mereka untuk berdikari serta bergantung kepada locals, bukannya corporate sponsors. Kita tak boleh nak pertikaikan kejayaan tersebut malah, ia berjaya kerana supporters & masyarakat sendiri mengambil peranan yang lebih besar di dalam perjalanan kelab bola sepak mereka.
Jadi secara peribadi, lebih baik syarikat-syarikat korporat di Malaysia ini terlibat secara menaja kelab-kelab berasaskan tempat atau kawasan di dalam Liga Malaysia. Bukan bermakna kita menolak kekuatan kewangan yang mereka ada tapi kita tidak mahu bola sepak kita dipegang atau berada di dalam kawalan syarikat korporat, bukannya supporters & masyarakat. Keinginan untuk ada dana yang banyak untuk membina yang terbaik, tak bermakna ketuanan bola sepak harus diali-babakan kepada golongan berharta mahupun kapitalis.
some comments..