ok. aku ekceli malas nak involve politik kat sini tapi sometimes, kadang-kadang diorang ni kalau bagi statement....
PAS: K-Pop gig Israeli attempt to humiliate Muslim women
PAS information chief Mahfuz Omar says the K-Pop concert which saw members of the South Korean group B1A4 embracing teenage fans in Kuala Lumpur could be an attempt by the Israeli Institute for Intelligence and Special Operations (Mossad) to discredit Muslim women.
Ahmad Fadzly yang mewakili penganjur konsert artis K-Pop, B1A4, TGM Events mengulas dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa penganjur harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas insiden itu juga memberitahu, setiap segmen pada hari berkenaan dikendalikan sepenuhnya pihak pengurusan artis Korea Selatan.
KITA kecoh pula dengan insiden beberapa orang gadis memeluk, dipeluk dan dicium oleh penyanyi sebuah kumpulan K-pop dalam sebuah acara di konsert mereka baru-baru ini. Kecoh kerana belum pernah terjadi perlakuan begitu oleh gadis-gadis bertudung.
Tudung tidak menggambarkan kealiman seperti juga kopiah tidak menggambarkan kewarakan seseorang terhadap agamanya.
Sebelum ini, ada juga insiden terpencil di mana terdapat peminat wanita atau gadis yang naik ke pentas untuk mencium artis tempatan yang mereka gilai.
Apakah tiada peminat lelaki yang naik ke pentas untuk mencium penyanyi wanita? Belum pernah terdengar pun. Namun, ia bukan bererti peminat lelaki tidak berbuat begitu.
Kita ada juga terbaca insiden di mana penyanyi wanita diraba oleh peminat lelaki. Itu lebih berbahaya kerana mempunyai niat berbuat begitu sebelum melangkah ke atas pentas.
Saya juga menonton klip video berdurasi 3.22 minit yang menjadi viral itu. Daripada perlakuan gadis-gadis itu, saya tidak nampak ada unsur paksaan ke atas mereka.
Namun, terdapat unsur galakan dan gesaan daripada para penonton sehingga kelakuan mereka yang pada mulanya teragak-agak berubah menjadi perbuatan yang merelakan.
Gadis-gadis itu mula terpana kerana kesan mob psychology yang memuncak dalam suasana yang gamat itu. Perilaku khalayak yang bersorak-sorai mempengaruhi mereka hingga hilang rasa tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.
Tidak adil mengatakan bahawa gadis-gadis itu sudah biasa dengan perbuatan sumbang sebegitu. Body language mereka tampak takut, malu dan kekok. Petanda mereka bukannya jenis gedik malah tidak biasa berkelakuan begitu.
Tetapi, apabila dipanggil menaiki pentas, mereka menjadi captive audience. Terperangkap dengan suasana kerana sudah tidak boleh lari.
Keseronokan bertemu dengan penyanyi yang diminati secara live itulah yang menjadikan mereka hilang pertimbangan lalu mereka lemas.
Ada juga yang mula malu lalu menutup wajah setelah dipeluk. Tersedar dengan apa yang terjadi. Tetapi, terdapat insiden di mana salah seorang gadis pula yang menerpa minta dipeluk penyanyi K-pop itu!
Yang pasti, apabila video perlakuan mereka tersebar, sudah pasti terdapat yang menonton video itu terdiri daripada sahabat handai mahupun saudara-mara mereka. Mungkin pada saat ini, insiden itu sudah sampai kepada anggota keluarga masing-masing.
Mudah-mudahan mereka sedar di atas keterlanjuran mereka dan memohon maaf kepada semua yang tersayang dan tidak lupa untuk bertaubat kepada Yang Maha Pengampun.
Kita semua yang membaca berita mahupun menonton klip video itu jangan pula melihat ia sebagai kisah orang. Ia adalah juga kisah kita dalam bentuk yang berlainan, dengan wajah yang berbeza.
Malah, pada setiap saat, kita juga berdepan dengan cabaran-cabaran yang menggugat iman. Kita semua adalah insan-insan yang membuat pahala. Kita juga adalah manusia yang berbuat dosa.
Bezanya kita dengan orang lain ialah besar atau kecilnya pahala dan dosa kita.
Kita boleh kata yang kita tidak mungkin naik ke pentas untuk diciumi penyanyi. Seandainya kita berdepan dengan keadaan sebegitu, kita boleh sahaja menolaknya. Ataupun, kita boleh berkata ‘tidak’ dengan yakin.
Tetapi, dalam pada itu, apakah mungkin kitalah peminat yang menyimpan paling banyak CD, video, poster dan memaparkan wajah penyanyi yang kita minati itu di desktop komputer atau di skrin telefon.
Jika gadis-gadis itu telah pergi ke konsert lalu melangkah masuk ke dunia pentas artis yang kita nampak begitu jijik, apa kurangnya kita yang mengizinkan imej dan suara artis-artis itu masuk ke dalam bilik tidur kita lalu mendodoi kita hingga terlena? Oh, rupa-rupanya kita tidak ada kurangnya.
Berhibur ada batasnya. Ia punyai definisi. Jika kita berhibur tanpa memahami apa itu hiburan, ia seolah-olah menggambarkan kita yang tidak tahu apa yang kita buat, atau tidak memahami mengapa kita perlukan hiburan itu sendiri.
Jika kita kata yang kita sudah dewasa dan bebas melakukan sesuatu, kita juga mesti berfikiran matang dan bebas untuk meninggalkan kebebasan yang telah kita lakukan.
Apa yang telah kita mulakan boleh sahaja kita hentikan. Apa yang kita sukai boleh sahaja kita bencikan. Apa jua yang kita gemari boleh sahaja kita tinggalkan. Jika kita tidak boleh meletak noktah di hadapan langkah kita ia bererti kita sudah ditawan dengan kebebasan yang kita cari-cari.
Kebebasan yang hakiki ialah kebebasan roh kita untuk pulang ke tempat asalnya. Jangan sekali-kali biarkan ia terperangkap di mana-mana.
buat khidmat masyarakat sudahlah, mcm faizal tahir dulu yg beriye nak denda beribu penjara bagai pehal banyak lagi benda tak bermoral yg terjadi kalau nak kira haih jawi takde kerja dah ka?