Post by DarkEmperor on Jan 15, 2015 13:54:30 GMT 8
pasneh jawi sila lah tangkap sekali artis artis yang bepelukan dikhalayak ramai mahupon dikaca tv ataulapon layar perak ye... jangan berat sebelah dalam menghukum... zalim namanya tuh... lol...
inb4 kak mah pelok LCW...
Last Edit: Jan 15, 2015 13:55:45 GMT 8 by DarkEmperor
Peluk Chong Wei Berbeza Dengan Insiden Peluk K-Pop - Syed Ali Alhabshee
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin yang menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat tindakan Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Menurut apa yang dikatakan oleh Syed Ali Alhabshee, apa yang dilakukan oleh Datin Rosmah tidak sama dengan insiden tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.
“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya memetik laporan dari FMT.
aku rasa diorang ni tak paham maksud tersirat kenape mama rosmah terkait dalam ni.
aku rasa kebanyakan netizen di pesbuk dan merata rata tempat lain berasakan gadis gadis melayu kpop tu is not to be hated dan tak wajar dihukum sampai kene penjara or denda segala bagai so to prove a point tu yang macam macam example lain semua korek keluar
retis berpeluk di TV anak menteri berpeluk di oversea big mama memeluk LCW
aku rasa semua tau they were young teens mereka juga gelepar bila bertemu retis sebagaimana kita suatu masa dahulu