Post by Purple_Rose on Jan 14, 2015 14:11:57 GMT 8
SHAH ALAM: Orang ramai yang berada di Tasik Shah Alam semalam terkejut dan tidak menyangka bahawa gadis yang mereka lihat bersendiri termenung ditepi tasik itu telah bertindak terjun ke dalam tasik yang telah menyebabkan beliau lemas.
Menurut cerita seorang saksi kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang itu , mangsa yang berusia 29 tahun dilihat berseorangan sebelum tiba-tiba berlari ke arah jambatan dan terjun kedalam tasik.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya yang diparkir berhampiran taman itu sebelum terserempak dengan gadis terbabit.
“Saya yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan terlihat gadis itu duduk termenung berseorangan seperti orang gelisah sebelum lari dan terjun ke dalam tasik.
“Saya telah menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia telah terjun ke tasik,” katanya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.
"Mangsa telah berjaya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh pihak Bomba Dan Penyelamat Balai Seksyen 15 yang menjalakan operasi mencari dan menyelamat."
“Hasil maklumat yang diterima daripada bapanya, mangsa dikatakan menghadapi kemurungan dan gangguan perasaan sejak beberapa bulan lalu kerana kecewa masih belum berkahwin.
“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa,” katanya.
"Mangsa telah berjaya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh pihak Bomba Dan Penyelamat Balai Seksyen 15 yang menjalakan operasi mencari dan menyelamat."