Post by manjacat on Jan 19, 2015 12:24:26 GMT 8
Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan, lapor TheMalaysianInsider hari ini.
Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.
Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.
“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur.
“Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat.”Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.
“Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu,” katanya.
Menurut Hashim, kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.
“Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.
“Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.
“Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.
“Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip,” katanya.
Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.
“Saya juga disahkan mengalami ‘Post Traumatic Disorder’ hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja,” katanya.
kesian... kene tangkap dengan JAIS sampai kene PTSD
ok. aku tak tau part mane nak komen
first of all, adekah dia resisting arrest?
kalau dia resist arrest, maka memang padan la dia kena macam tu
2nd, betulkah korang berdua di sana dan tidak beromen?
jika ya, kenapa tak bukak je pintu terus.
3rd, ok. kalau tak bukak pintu, apekah expectation daripada beliau?
anggota JAIS akan blah sebab tak dapat masuk?
he is resisting arrest, maka back tu ape aku cakap tadi
memang padan la dia kena macam tu.
anyway, goodluck menyaman JAIS/PDRM sampai 1 juta
celah mana ko value damages yang berlaku kepada diri ko tu sampai 1 juta?
peguam dia kut yang letak harga macam tu.
kalau dia sendiri je main letak harga suka suka hati 1 juta
memang tak dapat la
ingat JAIS banyaaaaak duit.