Post by manjacat on Jan 19, 2015 12:49:55 GMT 8
Taipei: Hidup dan mati bersama-sama permainan dalam talian mungkin sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang lelaki yang ditemui tidak bernyawa di sebuah kafe Internet semalam.
Pemuda berusia 32 tahun itu dilaporkan melayan permainan itu sejak empat hari lalu.
Hanya dikenali dengan nama keluarganya, Hsieh ditemui kaku di atas kerusinya di dalam kafe di bandar Kaohsiung.
Seorang pengunjung kafe itu berkata, dia menyangka Hsieh tertidur kerana kepenatan melayan permainan dalam talian berkenaan.
“Kemudian pekerja kafe menyedari tubuh Hsieh tidak bergerak-gerak.
“Apabila diperiksa, dia didapati sudah tidak bernafas,” katanya.
Hsieh kemudian dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan dia meninggal dunia.
Taipei Times melaporkan, Hsieh mengalami serangan jantung berpunca daripada terlalu lama melayan permainan dalam talian.
Pekerja kafe itu berkata, Hsieh adalah pelanggan tetap di situ dan biasanya menghabiskan masa di premis berkenaan sehingga berhari-hari tanpa rehat.
“Apabila penat, dia tidur di atas kerusi saja,” katanya.
Tidak diketahui apakah permainan yang sedang dihadapinya ketika Hsieh mati, namun pemuda itu dikenali sebagai penggemar permainan perang.
Pada 1 Januari lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati di sebuah kafe Internet di New Taipei City selepas melayan permainan dalam talian selama lima hari berturut-turut.
Polis berkata, ketika pihak berkuasa menyiasat dan mengumpul bukti di situ, pengunjung kafe langsung tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Harian Metro
News Omputeh
ok. berita pelik hari ini.
main game sampai mati.
yang paling best, bile berita ni orang tepek kat thread DoTA
reply keluar macam ni:
all in all. ianya boleh termasuk dalam dumb ways to die.
mati pasal main game.
i fear for the next generation.