Post by Purple_Rose on Jan 29, 2015 11:31:47 GMT 8
Seorang bapa bertindak membunuh diri setelah melihat gambar anak perempuannya yang berusia 18 tahun berbogel untuk majalah Playboy.
Loredana Chivu yang berbogel untuk Playboy versi Roman dipulau oleh bapanya setelah aksinya itu diketahui oleh bapanya.
"Dia berhenti bercakap dengan saya, dia seperti sangat kecewa", katan Chivu.
"Apabila dia tahu apa yang telah saya lakukan, dia mendiamkan diri dan cuba menyembunyikan saya dari ahli keluarga lain"
"Saya fikir, masa akan dapat menenangkan diri dan tidak pernah terfikir dia akan membunuh diri", katanya lagi.
Setelah berbulan-bulan dipulau, Chivu akhirnya cuba untuk berdepan dengan ayahnya tetapi terkejut setelah mendapati ayahnya tergantung di loteng rumah.
"Saya menjumpai ayah tergantung di loteng rumah", katanya
Chivu yang kini sudah berusia 25 tahun berkata dia masih lagi dihantui dengan kejadian walaupun sudah bertahun-tahun ia berlaku.
"Kami teramat rapat dan akan bercakap setiap hari dan itu semua terhenti setelah dia melihat gambar itu", kata Chivu yang mengatakan dia kecewa kerana tidak dapat bercakap dengan ayahnya buat kali terakhir.
**********
tu la kecik2 tak kena rotan...dah besar jadi pornstar...
Last Edit: Jan 29, 2015 11:33:04 GMT 8 by Purple_Rose
kat omputeh, pron dan berbogel ada 2 menda yang berbeza berbogel dalam majalah adelah dikira modelling walau pun ko berbogel di playboy tak bermaksud ko rela direbahkan di atas toto narita
sebab tu kat oversea buleh ada strip club, kat mesia takde <--- ok aku dah mengarut
kalo kat sini (mesia), persepsi masyarakat adalah pron dan bogel tu same kalau ko sudah berbogel itu juge bermakna ko juga aktres pron dan harus rela ditiduri
so, berbalik kepada topik di atas memandangkan awek di atas itu cume bergambar bugel tidak lah bermaksud die adalah pron star unless kalo beliau juge berlakon dalam AV video...