Post by DarkEmperor on Jan 29, 2015 15:38:56 GMT 8
Remaja Bunuh Diri Lepas ‘Kantoi’ Layari Laman Lucah Di Internet
GARA-GARA ‘kantoi’ melayari laman lucah di Internet, seorang remaja perempuan di St. Petersburg, Rusia bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 pangsapuri kediaman keluarganya, pada Rabu.
Remaja yang dikenali sebagai Daria, 12, bertindak demikian selepas berperang mulut dengan ibu bapanya selepas mereka mengetahui dia melayari laman tersebut menerusi komputer peribadinya.
Mail Online melaporkan, ibu bapanya turut menemui mesej berbaur lucah antara Daria dengan rakan-rakan perempuan lain di telefon bimbit anak mereka.
Sumber memberitahu, remaja itu dibesarkan oleh keluarga yang normal dan tidak pernah terlibat dengan sebarang masalah berkaitan penjagaan kanak-kanak.
Bagaimanapun ada juga laporan yang menyebut ibu bapa remaja itu sedang dalam proses untuk bercerai.
Kejadian itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen Rusia dan ada di antara mereka menyalahkan ibu bapanya.
“Saya tak dapat bayangkan apa yang mereka katakan kepada remaja malang itu. Mereka sepatutnya menasihatkannya dengan tenang,” tulis seorang pengguna laman sosial.
Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar tindakan tragis remaja itu. -MYNEWSHUB.CC