nuri ni kapten team piala presiden perak dulu masa zaman coach burn. team piala presiden perak time tu kan power.. menang piala presiden lepas menang piala presiden, beliau dengan kenny pallraj masuk HM (harimau muda) tapi jarang main kut
lagipun time dia masuk team HM yang tak menang sukan SEA so sebab tu ramai tak kenal dia
sia-sia buat channel kalau setakat tengok benda sama..bangang betul lah..banyak lagi game lain..apa orang perak takde team bola sepak ke..orang sarawak takde team bola ke..tu gua belum sembang pasal orang melaka..gua malas lah..sayu hati geng gegau melaka gegau nanti..
Kuala Lumpur: Pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini tetap diteruskan mengikut jadual selepas Selangor menolak permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk mengadakan perlawanan Liga Super itu sehari lebih awal.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Rosman Ibrahim (gambar kecil), pihaknya terpaksa menolak permohonan itu kerana tidak mahu menjejaskan perancangan jurulatih Red Giants Mehmet Durakovic yang mahu melakukan persiapan rapi bagi aksi pertama liga di laman sendiri.
“Selepas perbincangan, aksi menentang Johor DT itu tetap diteruskan pada Sabtu dan bukannya Jumaat seperti dimohon PBNJ.
“Kami memahami situasi Johor DT namun keputusan ini dibuat selepas mengambil kira setiap faktor menerusi perbincangan dalam mesyuarat khas hari ini,” katanya semalam.
PBNJ sebelum ini dilapor membuat permohonan rasmi mengubah tarikh perlawanan lebih awal bagi membolehkan Harimau Selatan mempunyai rehat mencukupi untuk menghadapi East Bengal pada perlawanan pertama Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Selasa.
FAM menegaskan keputusan mengubah jadual perlawanan perlu mendapat persetujuan kedua-dua pihak dan jika gagal, perlawanan berlangsung mengikut tarikh asal.
“Bukan kami tidak ambil kira permohonan PBNJ, kerana atas dasar prihatin kami adakan mesyuarat dan memperhalusi setiap sudut. Kami berpendapat lebih sesuai perlawanan itu diadakan pada Sabtu bagi memastikan lebih ramai penyokong datang ke stadium.
“Ini perlawanan pertama Selangor di gelanggang sendiri musim ini, kami mahukan yang terbaik untuk pasukan dan juga penyokong,” kata Rosman.
Selepas dua perlawanan, Selangor belum mencipta kemenangan apabila kalah di tangan Terengganu 0-2 dan seri 1-1 dengan Pahang untuk menduduki tangga ke-10 liga manakala juara bertahan Johor DT menerima kejutan tumpas 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu lalu selepas memulakan kempen dengan bergaya apabila menang 2-0 ke atas Pahang dalam aksi sumbangsih.
Last Edit: Feb 18, 2015 17:00:58 GMT 8 by manjacat