Post by manjacat on Feb 9, 2015 20:14:45 GMT 8
sebelum ni baru sebulan
sekarang dah 3 bulan kakitangan Bernama tak dapat gaji
Bagai mengemis di bumi sendiri, itulah nasib pekerja-pekerja BERNAMA TV apabila dikatakan ada pekerja sudah 3 bulan tidak dibayar gaji. Kita sendiri pun dapat merasakan betapa peritnya hidup jika gaji tidak dibayar selama beberapa bulan.
Katakan gaji januari sehingga sekarang tidak dapat, ini sudah pasti merumitkan keadaan kerana terpaksa bayar ansuran kereta, rumah, pengasuh, rumah sewa, lampin dan susu anak dan pelbagai perkara lagi yang pasti menyusahkan mereka.
Itulah dilema yang sedang melanda pekerja-pekerja BERNAMA TV yang sudah tidak tahu untuk melakukan apa-apa lagi selain menggunakan media sosial sebagai altenatif terakhir bagi menuntut hak mereka.
Menurut salah seorang pekerja yang dirahsiakan identitinya, BERNAMA TV seperti mangsa ditengah-tengah apabila pada mulanya Tan Sri Dr. Rais Yatim, yang merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum itu telah menyatakan BERNAMA TV akan diambil alih oleh BERNAMA.
"Tetapi selepas jawatan kementerian tersebut diambil alih oleh Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek beliau pula menegaskan BERNAMA TV adalah entiti lain."
"Staff BERNAMA TV sekarang makin berkurang dari 181 ke 150 orang kerana tidak tahan dengan keadaan ini. Kerana kekurangan staff rancangan 'ruang bicara' yang sentiasa menjemput menteri telah terkesan dan tidak dapat keudara seperti biasa," katanya.
Kejadian ini bukan merupakan kali pertama berlaku kerana sebelum ini kami pernah mendedahkan Seramai 20 kakitangan stesen televisyen Bernama TV terpaksa bercuti kerana sudah lebih sebulan tidak dibayar gaji pada bulan oktober tahun lepas.
Nampaknya perkara ini semakin meruncing apabila kebanyakkan staff tidak dibayar gaji sampai 2 hingga 3 bulan.
no komen...
udah kene terjah memang le no komen.