Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beberapa pemain Harimau Muda mungkin diserap dalam skuad kebangsaan apabila berdepan Oman pada 26 Mac ini. Beliau berkata pemain berkenaan kini dinilai berdasarkan prestasi mereka pada saingan Liga Super, untuk beraksi dalam aksi persahabatan itu di Oman.
"Kemungkinan besar beberapa pemain pasukan Harimau Muda akan diserap khususnya di bahagian serangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini hari ini.
Pengendali berusia 51 tahun itu berkata beliau akan menyenarai antara 20 dan 22 pemain untuk perlawanan persahabatan tersebut.
Pada aksi persahabatan 3 Sept 2010, Malaysia di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal kalah 0-3 kepada pasukan Oman di Stadium Al-Wakrah, Qatar.
Berdasarkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan 12 Feb lepas, pasukan Oman menduduki tangga ke-91 manakala Malaysia berada di kedudukan ke-154.
KUALA LUMPUR: Hanya 13 daripada 22 pemain dari skuad Piala Suzuki AFF 2014, Disember lalu dikekalkan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dalam senarai 20 pelatih yang diumum, hari ini untuk aksi persahabatan antarabangsa, Harimau Malaya bertemu Oman di tempat lawan, 26 Mac ini.
Mereka yang kekal - dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Khairul Azhan Khalid, S Kunanlan, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Zubir Azmi, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Baddrol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat dan Norshahrul Idlan Talaha.
Tujuh muka baharu pula terdiri daripada dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), S Chanturu dan Junior Eldstal, dua pemain skuad Liga Perdana JDT II, Akram Mahinan dan Che Rashid Che Halim serta Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Joseph Kalang Tie (Sarawak) dan Ahmad Syamim Yahya (FELDA United).
Dengan pengumuman senarai nama 20 pelatih itu, ia menyaksikan pengguguran sembilan pemain dari skuad yang muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2014.
Mereka yang gugur - penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; penyerang JDT, Safee Sali; kapten Kelantan, Badhri Radzi serta pemain pertahanan kanan JDT, Mahali Jasuli; dan pemain tengah Pahang, Hafiz Kamal.
Sementara Azmi Muslim (Selangor) dan Azammuddin Akil (Pahang) mengalami kecederaan; Gary Steven Robbat menjalani penggantungan tiga bulan manakala bekas kapten, Shukor Adan sudah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa, tahun ini.
Kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bakal bermula Rabu depan (18 Mac), namun pemain dari JDT, Selangor dan Terengganu akan menyertai latihan sehari kemudian (19 Mac) manakala pemain Pahang, Khairul Azhan pada 22 Mac.
Skuad kebangsaan akan berlepas ke Muscat, Oman pada 23 Mac ini.
Pertahanan: S Kunanlan, Fadhli Shas dan Junior Eldstal (JDT), Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin (PDRM), Zubir Azmi (TER), Che Rashid Che Halim (JDT II)
Tengah: Safiq Rahim, Amri Yahyah dan S Chanturu (JDT), Indra Putra Mahayuddin dan Ahmad Syamim Yahya (FELDA), Baddrol Bakhtiar (KED), Joseph Kalang Tie (SAR), Akram Mahinan (JDT II)
Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha (ATM), Abdul Manaf Mamat (TER), Ahmad Hazwan Bakri (SEL)
Senarai menunggu (jika ada pemain cedera): Khairul Fahmi Che Mat (KEL), Safee Sali (JDT), Wan Zack Haikal Wan Nor (KEL), R Gopinathan (PAH), K Gurusamy (SEL)
Pengendali skuad Harimau Malaya Dollah Salleh mungkin mempunyai masa singkat untuk membentuk skuad yang layak ke final Piala Suzuki AFF 2014 namun dengan tempoh masa yang panjang dimiliknya ketika ini situasi nyata berbeza. Berdepan Oman pada 26 Mac ini menjadi medan terbaik untuk Dollah menguji pemain yang telah dipanggil.
Banyak muka baru yang dipilih Dollah untuk berdepan Oman antaranya Ahmad Syamim Yahya (Felda United) serta dua pemain Johor Darul Tazim II (JDT II), Che Rashid Che Halim dan Muhammad Akram Mahinan.
Walaubagaimanapun, Dollah tetap menyenaraikan muka lama seperti Amri Yahyah dan Indra Putra Mahayudin dalam skuad kebangsaan yang dilihat mampu menjadi "role model" buat pemain muda lain.
Tindakan berani Dollah telah menerima maklumbalas positif antaranya dari pemerhati bola sepak negara Khalid Ali yang beranggapan pengendali Harimau Malaya itu mampu menyuntik nafas baru dalam skuad kebangsaan.
ok ni full list pablo dollah untuk game lawan Oman nanti. agak susah sket nak predict sape starting eleven lawan Oman nanti
yang ni plak dream eleven based on current punye selection. obviously, ape yang aku nampak kat sini adalah takde defensive midfield. so agak bangang sebenarnya formasi ni lawan Oman plak tu. bukannya lawan Indonesia.