Post by manjacat on Feb 15, 2015 13:43:48 GMT 8
Neelofa Tiada Perancangan Kahwin
Hos program hiburan MeleTOP, Neelofa yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-26 baru-baru ini menjelaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dan berharap semua pihak jelas dengan apa yang disampaikan.
“Saya tiada sebarang perancangan untuk berkahwin pun pada tahun ini,” ujarnya ringkas.
Tambahnya lagi, dia percaya pada jodoh dan rezeki Tuhan. Dia juga tidak meletakkan syarat untuk berkahwin sebelum menjangkau usianya yang ke-30 tahun.
“Saya percaya pada jodoh yang sudah dirancang Allah jadi saya tidak akan tergesa-gesa. Macam saya sendiri mindset berbeza sebelum umur 30 tahun nak kahwin dan ada anak. Tapi tak semesti rancang awal-awal ini akan dapat anak sebelum umur 30. Jadi saya tak nak fikir perkara yang sebegini. Kalau ada-adalah, kalau tidak ada tak mengapa,” katanya.
Sementara itu, Neelofa turut memberitahu bahawa dia mahu mengimbangkan kedua-dua bidang yang diceburinya itu supaya seiring dengan matlamat dan kerjaya kini.
“Nama saya sebagai brand bermula dari industri seni, dan kerana ini namanya juga yang memberi impak yang positif untuk perniagaan. Jadi ia saling mengimbangi. Kalau diberi peluang saya nak imbang benda itu sampai bila-bila. Ianya bagus dan saya perlukan kedua-duanya untuk terus berjaya dan untuk capai apa yang saya idamkan,” katanya.
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang juga merupakan duta kepada produk kecantikan Airish diraikan dalam satu majlis penuh meriah dianjurkan jenama tersebut bersama peminat dan media di Hotel Royale Chulan, kelmarin.