Kuala Lumpur: Alasan tidak melakukan apa-apa, tetapi, coli dan seluar dalam berselerak di lantai, itu gelagat beberapa pasangan yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam Ops Valentine di beberapa hotel bajet sekitar bandar raya ini, malam kelmarin.
Operasi bermula jam 10.30 malam itu menahan 14 pasangan berumur antara 20 dan 40 tahun membabitkan sembilan hotel bajet.
Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, selain pelajar ada dalam kalangan mereka adalah penjawat awam.
Menurutnya, ada yang mengaku sudah berkahwin, tetapi hasil pemeriksaan mendapati pasangan wanita bukan isterinya, tetapi teman sepejabat.
“Alasan baru sampai, tidak melakukan apa-apa, hanya tumpang tidur adalah alasan lapok sedangkan pemeriksaan mendapati pakaian dalam berselerak di lantai,” katanya yang mengetuai operasi itu sehingga jam 5 pagi.
Hmetro
Last Edit: Feb 16, 2015 11:04:14 GMT 8 by manjacat
cari la tempat mahal sket baru le takde kene raid. eh. hotel bajet kan selalu kene raid
anyway, berita sama tema di utusan...
JOHOR BAHRU 15 Feb. – Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan teman wanitanya dicekup dalam keadaan berbogel dan hanya berlapik kain cadar dalam Op Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di sekitar bandar raya ini malam tadi.
Lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai buruh dan kekasihnya berusia 22 tahun itu adalah antara 72 individu termasuk empat warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet bermula pukul 11 malam hingga awal pagi ini.
Penolong Penguat Kuasa JAIJ, Hafiz Abd. Rahman berkata, operasi itu dijalankan bagi membendung kegiatan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari. “Kesemua mereka berusia antara 17 hingga 50 tahun yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan Seksyen 29 enakmen sama kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
“Kita turut menyiasat empat warga asing yang ditemukan bersama pasangan beragama Islam dan akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Dalam serbuan di berasingan di Taman Bukit Mewah, di sini, seorang lelaki berusia 23 tahun yang bekerja di Singapura turut ditahan bersama kekasihnya berusia 22 tahun. Ketika disoal siasat, pasangan yang berasal dari Terengganu itu mendakwa mereka telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Mac ini.
“Mereka mendakwa bertemu di hotel bajet itu untuk membincangkan hubungan mereka yang tidak direstui keluarga,” katanya.
Last Edit: Feb 16, 2015 11:17:18 GMT 8 by manjacat