TM Mengumumkan Gangguan Internet Sehingga 6 Mac Akibat Kerosakan Kabel AAG
Anda mungkin menyedari masalah kelembapan ketika melayari Internet sejak kebelakangan ini. Kelembapan paling nyata dilihat apabila melayari laman dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara. Ini adalah kerana berlaku kerosakan pada kabel bawah laut Asia-America Gateway (AAG) berhampiran Filipina sejak 9 Februari yang lalu. Pihak Telekom Malaysia hari ini mengumumkan masalah kelembapan kelajuan internet ini akan berterusan sehingga 6 Mac. Kelewatan memperbaiki kerosakan tidak dapat dielakkan berikutan cuaca buruk dan ketinggian ombak yang berbahaya sekitar kawasan kabel dilaporkan rosak. Pelanggan TM yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung dengan mereka terus melalui email help@tm.com.my untuk pelanggan Stremyx dan unifi@tm.com.my untuk pelanggan UNIFI. Mereka juga boleh dihubungi melalui lama Twitter rasmi mereka @tmconnects. Jadi bersabarlah dengan masalah yang ada kerana proses dibaikpulih sedang dijalankan. Kerosakan kabel AAG kali ini ialah kali ke enam yang kami sedari sejak 2011.
Diharap kali ini pembaikian akan kekal dengan lebih lama dan pengguna tidak akan terasa seperti melayari internet seperti pada tahun 1995.
Last Edit: Feb 16, 2015 22:33:37 GMT 8 by manjacat
nasib baik pakai streamyx 2mbps.. x terasa pon perbezaaannya..
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Surf tenet n download english series kt g2g.fm @ teamkuryu . Youtube ak x layan sgt...
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Post by DarkEmperor on Feb 17, 2015 15:43:12 GMT 8
Jewtube ok je rasenyer.sebab anak aku layan upin ipin dgn boboiboy elok je. Maybe jewtube banyak proxy laen kot...
Streaming site yg laen tu yg agak slow... Contoh macam kissanime dgn kisscartoon bile aku try donlod speed dalam 50kb/s so no wonder lah memanjang buffering... Selalu dapat full speed over 500kb/s...
Tapi malam semalam rase mcm ok... Putlocker pon dah ok...