niaga pisang pun boleh masyuk bro. pelanggan sah sah ada
Sungai Buloh: Pengalaman memikul tandan pisang berulang kali hingga mencecah berat keseluruhan enam tan adalah perkara baru yang terpaksa dilalui oleh seorang pemborong pisang selepas dia membuat keputusan nekad meletakkan jawatan sebagai pengurus kewangan di sebuah syarikat besar akhir tahun lalu.
Pengalaman terbabit sememangnya perkara asing buat Zul Amali Mahayuddin, 41, yang kini mengusahakan syarikatnya sendiri, Agro Oasis yang bertapak di Sungai Plong, Jalan Kuala Selangor.
Sejak mula menjalankan perniagaan itu pada Januari lalu, dia lebih banyak berurusan dengan golongan peniaga pisang goreng yang merupakan pelanggan majoritinya.
Menurut Zul Amali, dia menyediakan bekalan pelbagai jenis pisang sebanyak enam tan seminggu yang kebanyakannya dibekalkan kepada pelanggan di kawasan Kuala Lumpur, Kampung Pandan serta Selayang.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan ada pisang yang sukar diperoleh, dia turut mendapatkan bekalan pisang abu dari Sabah manakala pisang nangka dan tanduk dibeli daripada pemborong lain di Gua Musang, Kelantan.