Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa badan induk persatuan bola sepak negara itu tidak akan mengambil tindakan kepada Tengku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor diatas mengeluarkan kenyataan kepada media.
Apabila dikaitkan berkaitan dengan artikel 88 yang termaktub dalam peraturan FAM, Tengku Abdullah menegaskan bahawa artikel 88 tidak lagi diguna pakai dalam FAM dan menegaskan yang FAM kini lebih terbuka kepada cadangan dan teguran.
“FAM sedia menerima teguran, kerana dalam sebuah organisasi pastinya ada kelemahan namun janganlah sentiasa mencari kesalahan FAM sepanjang masa.”
“Bola sepak adalah hak milik semua dan seharusnya kita semua bersatu padu demi sukan nombor satu di Malaysia” Ujar Tengku Abdullah selepas majlis penyerahan bas Bank Rakyat – FAM di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.
Last Edit: Feb 23, 2015 18:34:02 GMT 8 by manjacat