KUALA LUMPUR: Pelaksanaan lesen khas umrah bagi mengekang kes penipuan pakej ibadah umat Islam itu akan dikuatkuasakan bermula tahun depan.
Melalui penguatkuasaan lesen khas di bawah lesen outbound (pengembaraan luar negara) dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu, hanya syarikat mempunyai kontrak sah dengan muasasah (agensi pengendali umrah di Arab Saudi) serta syarikat milik orang Islam, boleh mengendalikan pakej umrah.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat pertama Majlis Kawal Selia Umrah yang dianggotai 12 agensi dan badan berkaitan, bulan lalu.
Sumber berkata, berikutan keputusan itu hanya syarikat dengan kewangan yang kukuh dan rekod baik dibenarkan mengendalikan umrah, sekali gus menangani kes penipuan umrah di negara ini.
Ketika ini, hanya 59 daripada 1,400 syarikat tempatan yang mengendalikan pakej umrah mempunyai kontrak dengan muasasah yang perlu diperbaharui setiap tahun.
"Inti pati mesyuarat sulung majlis itu ialah memberi masa sehingga 2016 sebelum menguatkuasakan lesen khas umrah itu.
"Ketetapan syarikat yang ada kontrak dengan muasasah sahaja boleh memohon lesen khas umrah itu bertujuan melindungi bakal jemaah dan mengekang kes penipuan umrah," kata sumber itu kepada BH.
Thn depan ke..apapun baguslah supaya xde lagi kena tipu.. Maklumlah zaman ni dh ramai yg mampu buat umrah berkali2 sbb tu banyak sykt pakej umrah sepah2 tumbuh