Tegar Dakwa Didera Secara Seksual Oleh Pengurusnya
Sebelum ini ada dakwaan mengatakan bahawa salah faham telah berlaku antara Tegar dan pengurusnya, Muhammad Arif Dollah tentang kemelut yang dihadapi mereka berdua ini. Sehingga kini, perkara ini bagaikan tidak berkesudahan.
Menerusi Kapanlagi.com, Tegar mendakwa dirinya telah didera secara seksual oleh pengurusnya itu. Bagaimanapun kenyataan tersebut diberikan oleh Tegar ketika membuat laporan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.
Tegar menceritakan bahawa apa yang dilakukan oleh pengurusnya itu (Dollah) ialah seperti memaksa penyanyi itu tidur dengan hanya memakai seluar dalam, ingin menemani Tegar bersama dan beberapa lagi perkara yang lain.
“Di hotel setiap Tegar mau tidur pakai kolor nggak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celana dalam. Kalau Tegar tidur suka deket-dekat, (maaf) nempel di dubur tegar. Setiap Tegar mau mandi dia juga nemenin,” katanya.
Selain itu, Tegar turut memaklumkan ada beberapa barangan seperti gitar laptop dan kamera turut sama hilang. Nantikan penjelasan seterusnya. (rtky/hfz)
Bekas Pengurus Nafi Liwat Tegar, Terkejut Dengan Tuduhan
Baru-baru ini, Tegar mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bekas pengurusnya, Arif Dollah, namun apa yang lebih mengejutkan apabila Rabu lalu, bekas pengurusnya itu turut didakwa melihat penanyi cilik dari Indonesia ini.
Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Arif akan melantik peguam untuk tindakan selanjutnya. Dakwaan meliwat tersebut telah dilaporkan oleh salah satu laman web Indonesia, Metrotvnews mengenai rentetan isu penderaan seksual terhadap Tegar.
“Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor, jika benar dia diliwat. Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu, sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.
“Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain?” soalnya seperti yang dilaporkan kebanyakan media tempatan Indonesia. Selain itu, Arif turut menjelaskan bahawa dakwaan mereka tinggal berdua adalah tidak benar kerana ada individu lain yang tinggal bersamanya.
“Di rumah itu, hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik. Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja,” katanya. (rtky/syfq)
Sufi (artis Singapura) dan Tegar (artis Indonesia) memberanikan diri untuk mendedahkan sikap sebenar bekas pengurus mereka, Arif Dollah yang telah melakukan salah laku seksual. Menurut kedua-duanya, tindakan Arif itu memberikan kesan kepada emosi dan mental mereka. Sufi telah menjadi mangsa nafsu songsang Arif selama setahun ketika dia berusia 13 tahun.
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Berita Harian Singapura hari ini melaporkan yang bekas pengurus penyanyi remaja Tegar Septian iaitu Arif Dollah telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dilakukan terhadap artis dari Indonesia itu.
Penangkapan itu telah disahkan oleh pihak polis selepas mereka menerima dua laporan pada 25 Februari dan siasatan terhadap Arif Dollah telah dimulakan oleh pihak polis Singapura.
Tegar juga dilaporkan telah membuat laporan kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) terhadap penderaan seksual yang diterima dari bekas pengurusnya itu.
Arif Dollah dalam kenyataan kepada media sebelum ini menafikan semua dakwaan Tegar dan juga seorang artis Singaura yang dilakukan ke atasnya. (rtky/m)