Menurut Rohana, sebagai selebriti, Doyok sepatutnya perlu menjaga batasan terutamanya di media sosial kerana apa yang dilakukan boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap mereka apatah lagi ia melibatkan perkara yang berbaur lucah.
“Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain. Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini,” ujarnya.
Malah menurut Rohana, dia juga pernah melalui pengalaman yang sama iaitu mempunyai hubungan rapat dengan rakan artis lelaki lain bagaimanapun, dia sentiasa berwaspada agar pergaulan tersebut tidak dipandang serong masyarakat.
“Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong. Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim,” ujarnya.
Tambah Rohana kepada mStar Online sambil menjelaskan bahawa dia dan suaminya sering menasihatkan Kilafairy supaya tidak berpakaian terlalu seksi kerana perkara tersebut juga boleh menjejaskan maruah keluarga.
“Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila. Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula,” ujarnya.