Tinggalkan Komen Lucah Di Instagram, Wak Doyok Dilabel Gila Seks
Mungkin daripada pandangan Wak Doyok perkara tersebut sebagai gurauan dan menjadi dirinya sendiri bagaimanapun tindakannya itu sedikit sebanyak mengundang perkara yang bakal memakan dirinya kembali. Difahamkan, Kilafairy turut membalas komen figura fesyen tersebut namun kemudiannya dipadam.
Selain itu, perkataan ‘Merecik’ yang digunakan Wak di dalam komen tersebut kemudiannya seperti menjadi satu trend pula di laman Instagram lebih-lebih lagi di akaun Kilafairy sendiri.
Kuala Lumpur: “Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain,” kata selebriti dan ikon fesyen Wak Doyok berhubung cemuhan pengikutnya yang menggelarnya gila seks dan tidak bermoral berikutan komen berbaur seksual terhadap gambar punggung aktres Kilafairy di Instagram, baru-baru ini.
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 36, berkata, kecaman daripada pengikutnya di sosial media perkara yang mengejutkan kerana niatnya hanya untuk bergurau ketika memberikan komen pada gambar Kilafairy.
“Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka pula segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar.
“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Tapi bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat dan saya terima teguran orang dengan hati terbuka,” katanya.