Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu. Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk JAWI.
"Pihak JAWI ingin menegaskan bahawa surat perakuan nikah berkenaan adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan. JAWI turut menyertakan salinan surat perakuan nikah palsu yang dilaporkan viral di media sosial dan salinan surat perakuan nikah asli bersama-sama kenyataan itu.