Kota Bharu: Seorang daripada remaja perempuan yang didakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dikatakan membeli ubat penahan sakit dari sebuah kedai runcit di Ketereh, beberapa hari selepas kejadian 20 Mei lalu.
Seorang peniaga kedai runcit berusia 40-an di Kampung Hutan Pasir, mendedahkan gadis belasan tahun itu datang ke kedainya bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal untuk membeli ubat terbabit. Mereka datang dan beli ubat pada sebelah pagi minggu lalu, sebelum membeli ubat sama buat kali kedua pada sebelah petangnya. Pada sebelah pagi itu, saya tak syak apa-apa dan jual ubat seperti biasa tanpa bertanya lanjut.
Datang semula ke kedai
Namun, pada sebelah petang, mereka datang semula membeli ubat sama, katanya.
Dia mengesyaki gadis terbabit adalah mangsa rogol selepas kejadian itu disiarkan media, semalam.
Seorang lagi penduduk kampung yang enggan dikenali, berkata jam 6.30 pagi semalam, dia melihat beberapa lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kosong yang terbiar sejak 10 tahun dan disyaki lokasi kejadian. Semalam, akhbar melaporkan dua remaja perempuan, berusia 15 dan 17 tahun, dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki. Seorang rakan lelaki mangsa juga dikatakan turut dipaksa menyaksikan perbuatan kejam berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa seorang mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Empat suspek ditahan awal pagi semalam (kelmarin) sebelum lapan lagi ditahan hari ini (semalam) di sekitar Ketereh. Polis percaya semua dalang utama kejadian itu berjaya ditahan dan kita tak tolak kemungkinan salah seorang mangsa membantu menyebabkan kejadian itu, namun siasatan terperinci masih dilakukan, katanya.
KUALA LUMPUR: Polis telah menahan sembilan orang lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung laporan seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa dirogol oleh 38 lelaki Selasa lalu.
Menurut laporan Berita Harian, antara suspek yang ditahan termasuk seorang lagi remaja yang turut menjadi mangsa dirogol.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat suspek ditahan semalam manakala enam lagi ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.
Menurut laporan itu, pelajar tingkatan dua itu dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh.
Kejadian berlaku apabila seorang rakan kepada mangsa rogol, telah meminta mangsa untuk mengambilnya di Ketereh.
Mangsa kemudiannya menghubungi seorang rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh.
Selepas mengambil rakan mangsa, rakan lelaki mangsa membawa kedua-dua mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.
Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.
Selepas itu, dikatakan lebih 30 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mereka secara bergilir-gilir.
Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit di bahagian kemaluannya.
Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas diberitahu mengenai kejadian itu.
astaga aku ingatkan 10 orang tu semua laki laki. camno pempuan pun ada masuk skali ni