یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
Maksudnya:
” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Baginda saw bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “. (Riwayat Muslim)
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya.
TJ: Dari hadis ini kita dapat belajar beberapa perkara:
1. Para sahabat amatlah rapat silaturahim sehingga mereka mengenali satu sama lain. Tetapi mereka tidak mengenali orang yang datang ini 2. Para musafir biasanya ada kesan-kesan musafir pada badan mereka seperti debu, kekotoran dan sebagainya. Tetapi lelaki ini mengenakan baju yang sangat putih dengan rambut yang hitam (muda dan kemas).
Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.
TJ: 1. Di sini kita belajar mengenai beza bertanya dan menyoal. Kita bertanya apabila kita tidak tahu jawapan. Apabila kita tahu jawapan, maka kita menyoal seseorang dengan soalan. 2. Perkara pertama di tanyakan oleh lelaki tersebut ialah perihal Islam. Maka nabi saw menyebut 5 perkara mengenai Islam seperi di dalam hadis di atas. 3. Lelaki tersebut merapatkan lututnya ke lutut nabi saw menunjukkan bahawa pelajaran satu sama satu (one to one tutorial) amat penting dalam mendapatkan ilmu terbaik.
Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia
TJ: Sekali lagi lelaki tersebut bertanya mengenai rukun Iman dan nabi saw menyebut mengenai rukun Iman,
berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata:
TJ: Ehsan ada di sebutkan di hadis lain mengenai sembelihan. Tetapi, di dalam hadis tersebut adalah mengenai perbuatan utk menjadi ehsan (iaitu kaedah menyempurnakan kerja). Di dalam hadis ini ehsan disebut dengan kaedah hati. Bagaimana kita meluruskan hati kita agar sampai ke tahap ehsan. Dalam hadis ini ada di sebut 2 peringkat hati untuk Ehsan.
Peringkat pertama seolah-olah dalam melakukan amal, kita boleh nampak Allah swt di hadapan kita memerhatikan kerja kita. Seperti kita bekerja biasa. Bayangkan setiap masa bos/supervisor memerhatikan kerja kita. Pasti kita melakukan yang terbaik. Peringkat kedua ialah tidak semua dapat membayangkan seolah2 Allah swt di hadapannya, tetapi setiap orang beriman mengetahui bahawa Allah memerhatikannya. Bayangkan juga sekiranya kita di perhatikan oleh Bos kita menggunakan CCTV setiap masa kita melakukan kerja. Pasti kita akan melakukannya dengan sesempurna mungkin.
“ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “
TJ: Inilah peringkat menyoal di mana yang ditanya dan yang bertanya juga tidak mengetahui.
Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “,
TJ: Rasullulah saw dalam banyak hadis menyebut mengenai tanda-tanda kiamat. Di dalam hadis ini, antara yang di sebut:
1. Seorang hamba melahirkan tuannya 2. Seseorang bertelanjang kaki dan dada,miskin dan penggembala domba, kemudian berluma-luma meninggikan bangunan
Rasullulah saw adalah antara manusia yang di kurniakan Allah swt kelebihan melihat masa hadapan. Rasullulah saw dalam pandangan baginda melihat pada penghujung umur manusia, hamba melahirkan tuannya. Ramai ulama mempunyai banyak tafsiran mengenai perkara ini. Tetapi antara lain ialah bangsa yang suatu masa di anggap hamba, telah menjadi pemerintah. Mereka juga yang dahulunya miskin, menjadi bangsa yang dikayakan oleh Allah swt dan mendirikan bangunan pencakar langit.
kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Baginda saw bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “. (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan."
(Riwayat al-Bukhari Kitab al-Iman no.8 dan Muslim Kitab al-Imam no. 16)
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara yang baru(bidaah) dalam urusan(agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, maka ia tertolak.
(Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no. 4589 dan Abu Daud no. 4608)
Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:
Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."
(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)