KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menempuh saat tragis dalam hidupnya apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung Pauh 2, Banggu, di sini.
Kejadian Selasa lalu itu disedari pengadu iaitu sepupu mangsa yang berusia 22 tahun ketika dia berada di rumah dan mangsa pulang dalam keadaan menangis serta mengadu kesakitan, pada jam 1.30 petang.
Pengadu melihat terdapat kesan darah pada kain mangsa dan ibu saudara pengadu kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kemaluannya berdarah.
Apabila ditanyakan kepada sepupunya itu, mangsa memberitahu, semasa dia pergi ke kedai untuk membeli ais, tiba-tiba datang seorang lelaki mengajaknya pulang dan dia menaiki motosikal bersama lelaki tersebut. Suspek kemudian membawa dia ke dalam hutan dan merogolnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan meminta bantuan daripada masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mengesan suspek.
“Kami amat-amat memerlukan bantuan orang awam kerana suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
“Saya juga menasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan anak-anak kecil tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelak sebarang perlakuan jenayah seperti ini berlaku,” katanya.
Last Edit: Mar 27, 2015 18:01:09 GMT 8 by manjacat
Itu la dia bila dh biasakn budak2 kecik disuruh gi kedai brdekatan. konon nk soh brdikari atau nk bagi latihan pd budak kecik..selalu anak2 yg dok kg2 la yg kita tengok. Cari sampai dpt!.. kerat2 *=÷%_€£
xmungkin hudud dapat dilaksanakan.. sebab banyak sangat geng politikian yg pedo
Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.