Aku rasa klu perak maintain back 4 macam selangor aritu da cantek. Hisyamudin, Thiago, Idris, Tuah. Tang midfield payah skit. Acer dan rakan2 kena up diorang punya game untuk contain midfield pahang. Nuri maybe takde, sebab kena merah aritu.. Tapi ok, kita still ada player boleh main position tu.. Macam hafiz ramdan dan ridzuan azly. Janji Namkung ada
Ayat sokkabo... gile bongkak.. betol saje nak carik gaduh dengan pasukan pahang ni
Tok Gajah Mangsa Ketiga The Bos Gaurus?
Jurulatih, Datuk M. Karathu sudah merangka strategi tersendiri dalam usaha mencari sebarang mata dalam pertemuan Liga Super dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok.
Karathu berkata, Perak sudah mengetahui bagaimana Pahang bermain dan sedang memikirkan strategi bagi mendapatkan mata penuh.
Jurulatih tersebut merangka semula strategi The Bos Gaurus dengan ketiadaan penyerang lincah, Muhammad Nurridzuan Abdul Hassan yang dilayangkan kad merah di Shah Alam Sabtu lalu.
Kehadiran Nurridzuan yang dikenali sebagai Nuri berjaya membentuk gandingan mantap dengan Woong Nam Kung dan Chad Souza sehingga mencatat kemenangan ke atas Selangor 2 - 1.
"Perak perlu kekalkan momentum kemenangan pasukan untuk kali ketiga berturut-turut,'' jelas Karathu.
Momentum kemenangan itu bermula apabila Perak menewaskan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) 2-1 di Stadium Perak, Ipoh, 24 April lalu.
The Bos Gaurus meneruskan rentak kemenangannya dengan mengalahkan pasukan tangga kedua liga, Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Momentum kemenangan The Bos Gaurus itu diharapkan dapat diteruskan lagi pada perlawanan kesepuluh liga berdepan Tok Gajah di Kuantan.
Perak berada di tangga ketiga liga berkongsi 17 mata dengan Selangor di tangga kedua serta FELDA United dan Pahang, masing-masing di tangga keempat dan kelima.
Keempat-empat pasukan tersebut dipisahkan dengan perbezaan gol. Para penyokong The Bos Gaurus mengharapkan Pahang menjadi mangsa ketiga seterusnya mengekalkan rekod kemenangan bersih Perak di gelanggang lawan sepanjang kempen Liga Super musim ini.
Walau bagaimanapun karathu tetap merendah diri dengan menyatakan bahawa Pahang adalah sebuah pasukan yang kuat dan ditambah pula beraksi di depan penonton sendiri.
"The Bos Gaurus tetap berhati-hati dan waspada dalam perlawanan yang dijangka sengit pada penutup tirai pusingan pertama Liga Super,'' tambah Karathu.
Beter la jangan nak bangga sangat, Pahang pun tengah on form sekarang ni.. Aritu baru lepas menang besar game AFC, menang lawan Terengganu jugak.. Kang tak pasal2 malu nanti..
Itu le aku cakap. On paper pahang still feveret. Haritu score 7 Pastu score 3 Pahang punye gol bolos pun paling sikit dalam liga. Namkung Woong dulu injured panjang sebab kena dengan Damion Stewart la.
Aku rasa klu perak maintain back 4 macam selangor aritu da cantek. Hisyamudin, Thiago, Idris, Tuah. Tang midfield payah skit. Acer dan rakan2 kena up diorang punya game untuk contain midfield pahang. Nuri maybe takde, sebab kena merah aritu.. Tapi ok, kita still ada player boleh main position tu.. Macam hafiz ramdan dan ridzuan azly. Janji Namkung ada
back 4 mantap dah kalau berdisplin... xleh hilang fokus... tengah paling penting... kalau tengah tak lepas,back 4 boleh dok fokus lebih... nuri xde ni la masanya tuk yang lain menyerlah...
Tapi Nuri macam dah expert free kick untuk Perak.. Ni dah tak de tak tau la sape yang boleh ambik free kick malam ni.. Ikutkan 2 game sebelum ni pun memang dapat gol dari free kick Nuri..