bagi aku fair la.. kira kalah berjuang. nasib takde.. kene gol penalti..
otherwise game tu agak seimbang komen aku, DMK macam lambat masukkan fresh legs dalam padang tu sedangkan masa tu Pahang senang-senang masukkan sub diorang 2-3 ketul..
contoh, beto patutnya keluar lagi awal.. sebab nampak macam dia takleh win kat sane.. kene buli dengan both Azamuddin Akil dan Matthew Davies
DMK pun macam tak kisah sangat untuk kalah kat pahang especially kalah 1-0 gol penalti which is bagi dia, not so bad.
tengok subs yang masuk pun bukan tactical substitution.. Beto out, Hafiz Ramdan masuk Chad Souza out, Ridzuan Azly masuk
patutnye, kalau nak menang, DMK patut keluarkan rafee nanorgani dan masukkan a more attacking player.. tapi takpelah it could've been much worse
at least kita takde injury ataupun kad merah menghantui
Marah beno Tuah semalam masa ref bagi penalti kick, aku pulak riso die dapat kad merah.. Dah le die antara bek yang bagus..
Tuah ni adelah regular tahun lepas cuma masa awal awal DMK amek aleh dia lagi prefer Syazwan Roslan baru baru ni je yang Tuah dapat tempat dia balik
Tuah so far ada 2 outstanding performance dia musim ni. lawan selangor hari tu, dia berjaya kekang Andik dari owning side dia, menyebabkan andik terpaksa masuk ikut tengah lawan pahang haritu pun dia okay.. lawan dengan Gopi kat flank.. lepas Gopi keluar, lawan Koji plak, so far memang mantap pertahanan dia.
macam aku penah cakap dulu, masalah utama tuah ni adalah passing passing dia selalu hancur tapi masa lawan pahang haritu aku terkagum la dengan dia punya passing. banyak passing dia complete dan berjaya buat 2-3 key passes
yang aku ingat ada satu long pass dia terus sampai katNamKung kat depan gol.. lagi satu ada satu passing dia terus sampai kat Horace James
Assalamuaikum selamat pagi salam sejahtera Perak Aman Jaya..tahniah yob Nurridzuan yg dpt mengjaringkan 1 gol dan 1 asist utk Faizat Ghazli mjaringkan gol dlm perlawanan persahabatan Harimau Muda menentang Sabah mlm tadi dgn kmenangan 3-0 di Likas.. Sesungguhnye miker membanggekan semua pnyokong pminat Perak..
Perak meneruskan tekanan kepada pendahulu liga selepas menewaskan Sarawak 3-1 di Ipoh semalam. Chad Souza menjaringkan 2 gol sebelum Billy Mehmet merapatkan kedudukan. Tetapi Nam Kung Woong menambah gol ke-3 Perak untuk memberi gambaran jelas dominasi Perak dalam perlawanan semalam.
Kesebelasan utama
Selepas seri 1-1 di Kuching 3 hari lepas, M. Karathu membuat 2 pertukaran dalam kesebelasan utamanya. Kapten Perak, Nasir Basharuddin digantikan oleh Ridzuan Azly. Manakala Amirul Azhan digantikan oleh bek kanan berpengalaman, Tuah Iskandar.
Karathu mengekalkan formasi 4-4-2 yang digunakannya sepanjang musim.
Sarawak juga membuat 2 pertukaran dalam kesebelasan utama mereka. Kapten Sarawak yang juga pemain tengah, Shahrol Saperi digantikan oleh Sabri Sahar. Manakala Joseph Kalang Tie yang hanya dimasukkan dari bangku simpanan ketika di Kuching menggantikan pemain sayap skuad Piala Presiden Sarawak, Shreen Tambi.
Seperti Perak, Sarawak juga mengekalkan formasi 4-4-2 mereka.
Pelan serangan Perak
1. Hantaran pendek ke kawasan sayap
Jika sebelum ini Perak gemar melancarkan hantaran-hantaran panjang dari kubu mereka ke Nam Kung Woong/Chad Souza untuk menyerang, kali ini serangan Perak lebih tersusun.
Pada perlawanan semalam, Perak banyak menggunakan hantaran-hantaran pendek untuk merancang serangan. Nam Kung Woong dan Chad Souza akan bergilir-gilir turun ke zon tengah untuk mengutip bola sebelum memindahkannya ke pemain sayap mereka.
Apa yang menariknya, majoriti serangan mereka di kawasan sayap berlaku di sayap kanan. Apatah lagi apabila Tuah Iskandar banyak membantu Horace James merancang serangan dengan larian overlapping tanpa henti. Dari minit pertama sehinggalah minit 90′.
Larian overlapping Tuah sering mencipta situasi 2v1 di kawasan kiri Sarawak sehingga memberikan banyak masalah kepada bek kiri mereka, Mazwandi Zekeria. Buktinya jelas apabila Mazwandi dilayangkan kad kuning seawal minit ke-3 selepas menjatuhkan Tuah.
Tambah buruk, Ashri Chuchu pula gagal merantai larian Tuah secara konsisten. Akibatnya, Mazwandi terpaksa berhadapan dengan Horace dan Tuah secara berseorangan. Peluang demi peluang tercipta melalui sayap kanan Perak sehingga menghasilkan gol pertama Perak.
2. Hantaran panjang ke ruang belakang pertahanan Sarawak
Perak juga mempamerkan variasi dalam pelan serangan mereka dengan sekali-sekala melakukan hantaran panjang.
Sebenarnya pelan serangan ini adalah kesinambungan taktikal Karathu yang selalu digunakan Perak dalam perlawanan-perlawanan liga yang lepas.
Contohnya ketika kemenangan 2-1 Perak ke atas Selangor pada 3 Mei lepas, Perak banyak melancarkan hantaran panjang kepada Nam Kung Woong. Woong kemudiannya menerima bola dan memindahkannya ke laluan pemain sayap untuk memulakan serangan pada transisi yang cukup laju.
Taktik ini tetap digunakan oleh Perak dalam perlawanan ini. Cuma bezanya ketika menentang Selangor, Perak menggunakan pelan serangan ini SETIAP MASA.
Dan dalam perlawanan semalam, Perak hanya menggunakan pelan serangan ini HANYA apabila ada ruang di belakang pertahanan lawan. Dan pelan ini menghasilkan gol kedua Perak.
Hantaran panjang Rafi Nagorgani dari kubu Perak dibias oleh tandukan Woong ke ruang di belakang pertahanan terakhir Sarawak, Hairol Mokhtar. Kelajuan Chad Souza menewaskan Hairol untuk beliau menjaringkan gol ke-2 Perak.
Pelan serangan Sarawak
Bermain dalam formasi 4-4-2 yang menggunakan 2 penyerang, Ryan Griffiths bertindak sebagai penyerang bantuan manakala Billy Mehmet sebagai penyerang utama.
Seperti Perak, Sarawak juga gemar merancang serangan dari belakang dengan hantaran-hantaran pendek. Ryan Griffiths akan turun ke zon tengah untuk mengutip bola sebelum memindahkannya ke laluan pemain sayap Sarawak, terutamanya Joseph Kalang Tie di sayap kanan.
Gol saguhati Sarawak yang dijaringkan Mehmet terhasil daripada pelan ini. Walaupun ia dibantu oleh kesilapan Thiago yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas, gol tersebut adalah contoh terbaik bagaimana pelan serangan Sarawak berfungsi.
Bagaimanapun jika Sarawak bermain seperti Perak, mengapa Perak mendominasi perlawanan semalam? Ini ada kaitannya dengan point seterusnya.
Kualiti pemain Perak vs Sarawak
Punca utama dominasi Perak di bahagian tengah ada kena-mengenanya dengan identiti permainan mereka di bawah Karathu, iaitu memberi tekanan tinggi kepada pemain lawan yang mempunyai bola (pressing).
Dengan tenaga pemain-pemain muda di jentera tengah dan dominasi Thiago Aquino dalam perebutan bola di udara, Perak merupakan salah satu pasukan Liga Super yang kerap memenangi bola dengan cepat selepas kehilangannya.
Walaupun berbadan kecil, Rafi Nagorgani kerap merampas bola dari Ivan Fatic sambil dibantu oleh Ridzuan Azly. Sebagai stopper, Thiago pula kerap keluar dari kawasannya untuk memenangi bola di zon tengah sehingga disalah anggap oleh pengulas RTM ‘bermain di posisi defensive midfielder’.
Pemain sayap mereka pula rajin membantu bek kanan dan kiri mereka masing-masing. Malah, Chad Souza sendiri rajin turun membantu pemain tengah ketika Perak kehilangan bola.
Tekanan tinggi (heavy pressing) yang diberi pemain Perak ini menyebabkan Sarawak tidak mampu merancang serangan dari belakang. Hantaran-hantaran pendek mereka kerap dipintas pemain Perak. Jika tidak kerana kecekapan Iqbal Suhaimi, Sarawak boleh tewas dengan jaringan yang lebih besar.
Workrate pemain tengah Sarawak
Sebelum ini, Perak mempunyai Nasir Basharudin di tengah. Beliau adalah pemain tengah klasik, gemar merancang serangan dengan melakukan hantaran ke hadapan.
Tetapi dalam perlawanan semalam, tempat Nasir diganti oleh Ridzuan Azly, seorang dribbler (penggelecek). Beliau merancang serangan dengan melakukan larian gelecekan di tengah.
Malangnya bagi Sarawak, tidak ada satu pun pemain tengah Sarawak yang merantai larian Ridzuan di tengah.
Ivan Fatic kerap kali dilihat berjoging sambil melihat Ridzuan merobek pertahanan tengah Sarawak dengan lariannya, sedangkan itu tugasnya sebagai defensive midfielder. Bekas pemain Inter Milan ini kelihatan perlahan (mungkin letih) dan tidak rajin membantu pertahanan Sarawak.
Hanya selepas Shahrol Seperi dimasukkan barulah pengaruh Ridzuan di tengah berjaya dikawal.
Kesimpulan
Perak sudah mula mempamerkan variasi dalam pelan serangan mereka dan ini adalah berita gembira buat Chad Souza dan Nam Kung Woong yang pasti mahukan lebih banyak gol. Mereka tidak lagi hanya pandai menyerang dengan hantaran panjang.
Robert Alberts pula perlu mula berani merombak kesebelasan utamanya jika mahu mengelak detik penyingkiran yang mereka alami pada musim lepas. Perhatian istimewa perlu diberikan kepada posisi defensive midfielder kerana buat masa ini, Ivan Fatic bukanlah calon yang sesuai.