Siapa sangka, kuih apam balik, kuih tradisi rakyat Malaysia telah pun mempunyai tempat di hati masyarakat UK. Kuih dengan kulit yang rangup dengan inti manis, yang rangup dengan kacang kisar dan rasa lemak dari mentega bukan sahaja menambat hati rakyat negara kita malah mendapat sambutan menggalakkan dari warga UK.
‘The Malaysian Pancake Co’ diasaskan oleh Mohd Shahreil Mohd Isa, seorang warga Malaysia. Beliau mulanya belajar di UK pada tahun 1997. Ketika belajar, beliau sempat bekerja sambilan di warung pancake. Setelah bekerja di sana selama beberapa tahun, berbekalkan resipi warisan keluarga, beliau mula menjual apam balik di hujung minggu mulai tahun 2010. Sekarang, beliau menguruskan perniagaannya secara sepenuh masa.
kalau kat mesia ada apam balik biasa dengan apam balik durian je tapi mamat ni ada macam macam perisa apam balik nutella perghhhh kat mesia pun takde jual
Menurut Mohd Shahreil di dalam facebooknya, seorang wanita Perancis telah memesan extra nutella di dalam Apam Balik Pisang dan Nutella beliau. Yummmmyyy!