Segamat: Malang bagi seorang wanita apabila dia dan kekasihnya, seorang warga Bangladesh dicekup polis kerana memiliki telefon bimbit curi yang sebelum itu dijadikan hadiah ulang tahun ke 25 wanita itu, di sini, kelmarin.
Ketika ditahan kira-kira jam 4 petang , pasangan berkenaan sedang meraikan ulang tahun itu di sebuah kedai makan di Taman Yayasan dengan memotong sebiji kek.
Bagi membuktikan cinta kepada teman wanitanya, lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu menghadiahkan sejambak bunga dan satu telefon bimbit kepada wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki asing itu dalam perhatian polis kerana disyaki terbabit dalam kes kehilangan telefon bimbit di sebuah asrama pekerja asing di Buloh Kasap, beberapa hari lalu.
Katanya, berdasarkan laporan pengadu, polis kemudian mengawasi pergerakkan suspek.
kesian, tengah potong kek polis tangkap.. kasik can la abang bangla habis jiwang dulu
Last Edit: Mar 30, 2015 21:26:24 GMT 8 by manjacat