Post by manjacat on May 29, 2014 14:42:32 GMT 8
Artikel lama, tapi saje aku share sebab ada ramai yang minat industri hartanah di sini
Menjadi Melayu di Malaysia bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan. Apatah lagi istilah 'Melayu' itu sendiri hanya disempitkan sebagai suku-suku Bumiputera Nusantara yang beragama Islam, khususnya di Semenanjung. Manakala suku-suku Bumiputera lain, terutama sekali yang berada di luar Semenanjung, tidak dianggap Melayu. Lebih-lebih lagi Melayu dalam konteks Perlembagaan Malaysia, WAJIB beragama Islam bagi mendapatkan hak-hak keistimewaan yang diperuntukkan. Bumiputera lain yang tidak beragama Islam pula, tidak ditanggapi sebagai Melayu dan mereka hanya memperolehi hak selaku Bumiputera semata-mata.
Disebabkan itulah, apa-apa sahaja yang melibatkan Melayu-Bumiputera khususnya yang beragama Islam, pasti akan mendapat perhatian. Dan di sebalik laungan kononnya Melayu-Bumiputera kurang mendapat tempat dalam bidang hartanah atau menguasai hartanah, usaha-usaha dilakukan untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera tidak akan memasuki pasaran.
Sebarang kejayaan syarikat-syarikat berkenaan dalam bidang hartanah akan dilihat sebagai satu tindakan berat sebelah oleh kerajaan. Malah seringkali dikaitkan pula dengan projek-projek mengampu sebelum syarikat-syarikat tersebut berjaya membida atau memiliki tanah-tanah yang bernilai.
Ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam minda masyarakat Malaysia, khususnya Melayu-Bumiputera sendiri.
Mengapa agaknya syarikat-syarikat Melayu begitu disyaki dan begitu diteliti?
Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat bukan Melayu yang mendapat pelbagai keistimewaan dan sudah memboloti begitu banyak tanah-tanah bernilai di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur untuk dimajukan atau untuk mencari keuntungan berganda?
Mengapa syarikat-syarikat Melayu tidak boleh melibatkan diri dalam bidang hartanah?
Dewasa ini, sudah menjadi trend bagi syarikat-syarikat multinasional untuk menceburi bidang hartanah meskipun mereka bermula sebagai syarikat-syarikat yang langsung tidak kena-mengena dengan hartanah. Contoh yang boleh kita lihat ialah bagaimana McDonald, sebuah syarikat antarabangsa yang dahulunya menguasai restoran makanan segera, kini mulai beralih arah ke bidang hartanah. Restoran makanan segera baru yang dibina di kawasan yang bersaiz besar, biasanya menjadi teras kepada pembinaan unit-unit rumah kedai dan bangunan-bangunan kediaman.
Berapa jumlah syarikat Melayu-Bumiputera dan orang persendirian berstatus Melayu-Bumiputera yang menguasai hartanah di Bandaraya Kuala Lumpur khususnya, serta bandaraya-bandaraya lain?
Adakah kerana syarikat-syarikat tersebut berstatus Melayu-Bumiputera maka kemampuan mereka dipertikaikan? Adakah kerana syarikat-syarikat berstatus Melayu-Bumiputera yang mempunyai akaun yang baik dan urusniaga terkawal serta berpotensi, maka bank-bank tidak akan memberikan pinjaman sama sekali? Dan adakah kerana syarikat-syarikat itu berstatus Melayu-Bumiputera maka, mereka tidak boleh menyaingi syarikat-syarikat bukan Melayu dalam bidang hartanah?
Mempersoalkan kewajaran DBKL atau pihak berkuasa menjual tanah kepada syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera, tidak pula disaingi dengan pertanyaan mengapa syarikat-syarikat bukan Melayu-Bumiputera menguasai lebih 90% pasaran ekuiti di Bandaraya Kuala Lumpur?
Apakah kerana syarikat-syarikat itu bukan Melayu, mereka ada lebih banyak wang, lebih berpengalaman, lebih hebat, dan lebih wajar untuk membeli tanah-tanah kerajaan bagi pembangunan?
Sikap double-standard sebegini sebenarnya yang banyak membunuh syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera. Tidak sahaja ditentang, bahkan banyak pula cerita-cerita fitnah yang disebarkan dengan dimulai menerusi kaedah persepsi.
Asal nampak ada syarikat Melayu-Bumiputera sahaja, akan tercetuslah pertanyaan, dari mana mereka dapat duit? Macam mana mereka boleh jadi kaya dan berjaya? Siapa tangan ghaib dan tok dalang yang berada di belakang mereka atau siapakah yang menjadikan mereka sebagai proksi.
Itu penyakitnya apabila membabitkan isu syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera yang cuba menyaingi atau 'merampas' kedudukan syarikat-syarikat bukan Melayu yang sudah terlalu lama bersenang-lenang kerana tiada saingan.
the flying kick