BIAR tak banyak untung tetapi boleh gembirakan semua orang,” kata seorang peniaga ayam goreng yang berharga RM1.
Zamrul Nayan, 37, menjual ayam goreng berdekatan Petronas Taman berkata, walaupun pelbagai jenis perniagaan lain boleh diceburi namun dia memilih untuk menjual ayam goreng RM1.
Menurutnya, harga yang murah itu membolehkan orang ramai menikmati ayam goreng tersebut pada bila-bila masa dan tidak membebankan mereka.
“Sekarang harga barang memang semakin meningkat, namun saya lebih gembira melihat orang lain turut sama dapat menikmati keenakan ayam goreng ini.
“Setiap hari saya akan goreng sebanyak 300 ketul ayam untuk dijual kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, walaupun harganya murah namun kualiti dan keenakan rasa ayam goreng tersebut masih dijaga.
“Memang murah namun sesiapa yang membelinya berbaloi sebab kebanyakannya pelanggan tetap dan yang ingin mencuba,” katanya.
Zamrul berkata, perniagaannya itu beroperasi pada jam 3 petang sehingga 10 malam pada setiap hari dan hasil jualan tersebut mampu menampung kehidupannya sekeluarga.
“Hasil jualan ayam goreng ini memang banyak membantu dan menampung kehidupan saya sekeluarga, saya juga memang bekerja sepenuh masa menjual ayam goreng ini,” katanya.
Ada org yg kita rasa "ish..bulih survive ke sampai tua kalo bisnes gitu..xnk upkn untung ke dsbnya"
tapi memang ada yg sampai anak2 dh beso pon gitulah bisnes/untungnya sikit2. Mungkin bagi dia yg penting bisnes tu buat idup dia happy/tenang dlm masa yg sama dpt pahala. X trkejar2 sana sini.. Just my sen..
by the way, kat penang, ada kedai jual Mi/Laksa/bihun dengan harga RM1
PELANGGAN menikmati laksa RM1 di gerai Murniza di Kampung Sungai Buaya.
Nibong Tebal: Sudah 10 tahun beroperasi, namun harga makanan yang dijual masih kekal RM1 menjadi kelebihan kepada gerai Kak Murni di Kampung Sungai Buaya di sini, yang terus menjadi tumpuan terutama bagi mereka mahu menikmati makanan berkualiti pada harga murah.
Menu utama seperti laksa, mi dan bihun serta ais batu campur (ABC) dihidangkan pada harga RM1 dan pemiliknya Murniza Md Isa, 35, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Murni tidak bercadang menaikkan harga walaupun ada antara bahan mentah terpaksa dibeli pada harga lebih mahal selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan 1 April lalu.
Kak Murni berkata, walaupun dijual pada harga RM1 makanan dihidangkan sentiasa dipastikan kekal enak dan kuantiti hidangan pula berbaloi.
“Apa yang penting bagi saya adalah kepuasan pelanggan dengan memastikan laksa dan makanan lain yang dijual kekal lazat seperti sebelum ini,” katanya.
Kak Murni berkata, sebelum ini ada yang mengatakan dia akan rugi atau tidak akan mendapat keuntungan jika terus mengekalkan harga sama