Menjadi salah seorang individu dinamakan sebagai pelawak yang penuh dnegan kontroversi baru baru ini, Tauke Jambu telah mengambil keputusan tekad untuk membuat laporan polis dan menyaman tiga orang penulis blog yang masih terus memfitnah dirinya.
Berkongsi perkembangan terbaru itu bersama mStar Online, Tauke berkata tuduhan tersebut amat keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya sebagai penyampai radio di ERA FM.
“Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan (dalam kontroversi pelawak) itu”
“Setakat ini polis sedang buat siasatan & petang Selasa saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka,” ujarnya.
Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak sekitar jam 10.00 malam tadi terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan kontroversi seorang pelawak yang didakwa kaki perempuan selain sering menghantar mesej lucah.
Last Edit: Apr 15, 2015 14:48:17 GMT 8 by manjacat