nate beruk mung kalsbek boleh beli maha rekod pakai tepon murah guna la tepon mahal sket rakam video ok abaikan.
ini berita sebenar
Melayu layu ne, layu layu je ..
terkejut besar kami dibuatnya apabila melihat sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan gadis berpesta arak yang kini menjadi viral di laman sosial. Rakaman berdurasi 2:43 itu memaparkan sekumpulan gadis dilihat begitu seronok meneguk tin minuman keras dari pelbagai jenama dalam satu sambutan hari jadi. Majoriti netizen mengecam tindakan kumpulan gadis itu yang disifatkan bodoh dan pendek akal.
Melalui pemerhatian kami, terdapat kelibat tujuh gadis berusia sekitar 20-an termasuk individu yang merakam video ini, bercakap dalam dialek Terengganu.
Gara-gara video ini, ia mengubah ‘persepsi’ sebilangan masyarakat terhadap imej perempuan pantai timur yang dikenali kebanyakannya beradab dan mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.
Bagaimanapun harus diingat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. kami percaya masih ramai gadis sana yang terpelihara adab dan agamanya. Terdapat banyak komen mendakwa kejadian ini merupakan kes lama dan dirakamkan sekitar tahun 2005, namun kami sendiri tidak dapat mengesahkannya.
Tak kisahlah kes lama atau baharu, sama-sama kita doakan semoga gadis-gadis dalam rakaman ini sudah bertaubat hendaknya.
Leha lehat penyu kon telo, pompuan pun telo gok .. ganu kito
Last Edit: Apr 21, 2015 20:39:16 GMT 8 by manjacat
Kuala Lumpur: Rakaman video menunjukkan tujuh wanita yang dipercayai berasal dari Terengganu meraikan sambutan hari lahir seorang daripada mereka sambil meminum arak tersebar luas di laman sosial hingga mendapat pelbagai komen negatif daripada orang ramai.
Dalam rakaman berdurasi 2:43 saat itu memaparkan kumpulan wanita berkenaan dilihat begitu seronok meminum minuman keras sambil bercakap dalam loghat Terengganu.
Kumpulan wanita yang dianggarkan berusia 20-an itu dikatakan dirakam di sebuah rumah sewa yang dipercayai berlaku pada tahun 2005.
Dalam video itu, semua wanita berkenaan meneguk arak tanpa sebarang rasa malu dan segan sambil perbuatan mereka itu dirakam seorang daripada mereka.
Video itu juga sempat merakamkan jenama arak yang diteguk gadis berkenaan.
at first aku rasa video ni lama gila dah, zaman2 3gp dulu dah ada, seken, aku coba untuk pikir positip, mungkin deme2 ni orang asli hulu berang sana, dekat2 tasik kenyir, aaaaaaaaaaaa