^ biasalah, orang kita kan semua dah tengok filem barat
anyway, ni summary dari Astro Awani. katanya student-student ni dok gabung meja pekerja ni tak bagi sebab menghalang laluan orang lain pastu macam gaduh gaduh sket dan mulalah aksi rakam merakam dan last skali keluarlah isyarat lucah...
KUALA LUMPUR: Sebuah video yang memaparkan seorang pekerja wanita restoran makanan segera yang menunjukkan isyarat lucah tersebar di laman Facebook sejak semalam. Insiden terbabit dikatakan dirakam oleh pelanggan yang berkunjung ke premis itu.
Menurut laporan portal The Hype Media, difahamkan, sekumpulan pelajar sekolah berkunjung ke restoran KFC yang terletak di Taman Putra untuk makan tengah hari.
Wanita dalam video berkenaan dikatakan tidak mengizinkan kumpulan terbabit mengabungkan meja kerana perbuatan itu akan menghalang laluan pelanggan lain.
Selepas beberapa siri perbalahan kecil, keadaan bertambah buruk apabila pekerja wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video kumpulan pelajar berkenaan.
Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar turut mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam video wanita itu.
Menyedari dirinya dirakam, wanita itu segera meninggalkan ruang makan sambil menunjukkan isyarat lucah semasa beredar.