Almy Nadia Berang Dikritik Gemuk, Tertekan Sehingga Tidak Mahu Keluar Rumah
Nampaknya pengguna di media di laman sosial ketika ini sudah berani mengeluarkan kata-kata yang sangat sensitif dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Jika sebelum ini anak Black turut menjadi mangsa, kini gelaran Almy Nadia pula mengamuk kerana tidak habis-habis dikritik gemuk.
Dalam status penuh amarah yang dikongsikan di laman Instagram tersebut, Almy sangat berang dengan kritikan yang tidak henti-henti malah dia sendiri berkali-kali mengatakan akan kembali kurus. Lebih teruk lagi, ada yang menyifatkan fizikalnya seperti khinzir. Melampau betul.
Jika dilihat dengan lebih mendalam melalui status Almy, ternyata perkara tersebut memberi tekanan kepada dirinya sehingga tidak mahu keluar rumah. Bagi kami, jika tidak dikawal, ia akan membuatkan Almy akan hadapi tekanan dengan lebih teruk sekaligus meninggalkan kesan kepada anak kecil.
Apa-apa pun, semoga Almy tabah dengan dugaan dan jadikan kekuatan untuk terus ke hadapan. Malah jika sudah tidak tahan sangat dengan kritikan, apa kata ambil masa berdiam diri dulu dan fokus pada tumbesaran anak. Antara anak dengan kritikan orang, anak sendiri lebih penting, bukan?
Last Edit: Apr 30, 2015 16:46:57 GMT 8 by manjacat
Biasa la mulut org. Kalo 1st baby biasanya lepas pantang dpt blk ke berat asal atau lambat sikit je pon.. Dh 2-3 anak, berat dh out of control dh..heee