sebenarnye ini alasan untuk aku tepek gambar MILF Rita Rudaini lagipun kan isu dewi remaja tengah hot
11 April lalu genap usia 39 tahun aktres jelita, Rita Rudaini. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan kini, Rita juga tidak pernah melupakan para peminat yang sentiasa menyokongnya. Bersempena ulang tahunnya baru-baru ini, mereka tidak terlepas untuk meraikan Rita dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah.
"Saya sebenarnya malu nak sambut hari jadi apatah lagi di usia yang sudah menjangkau 39 tahun. Apa-apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sudi meraikan apatah lagi mereka telah merancang lama majlis ini," ujar Rita.
Dalam perkembangan lain, Rita baru-baru ini diundang untuk menjadi juri jemputan Pencarian Dewi Remaja 2014/2015. Menurut Rita, dia tidak sampai hati untuk mengkritik kerana dia jenis yang kasihankan orang.
"Baru saya tahu betapa susahnya menjadi seorang juri yang dalam masa sama kena mengkritik. Sebelum ini saya hanya melihat dari rumah bagaimana para pengkritik menjalankan tugas mereka.
"Saya jenis yang cepat kasihan, jadi susah nak berterus terang. Saya merasakan lebih baik berdepan jika ada perkara yang hendak ditegur dan bukannya secara terbuka dan dilihat ramai orang. Memandangkan ia adalah sebuah program, jadi saya perlu akur. Banyak lagi nak diperkatakan pada malam tersebut, tetapi saya tak sampai hati," luah jujur Rita.
Menerusi penampilannya sebagai juri di program tersebut, Rita dapat belajar satu perkara ialah perlu jujur dan berterus terang jika apa yang dipersembahkan itu tidak bagus.
Last Edit: Apr 30, 2015 16:58:08 GMT 8 by manjacat