KUALA LUMPUR: Aktor Bollywood, Salman Khan akhirnya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lima tahun atas kesalahannya dalam kes langgar lari membabitkan gelandangan di Mumbai. Salah seorang daripada gelandangan itu mati dan empat daripadanya mengalami kecederaan.
Kejadian itu terjadi pada tahun 2002. Salman yang pernah membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai dan Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun berkenaan dituduh memandu kenderaan Toyota Land Cruiser dalam keadaan mabuk. Keputusan mahkamah dibacakan hari ini dan selepas diteliti aktor itu perlu akur dengan keputusan yang sudah diputuskan. "Kamu memandu kereta dan di bawah pengaruh alkohol," kata Hakim DW Deshpande kepadanya.
Saluran televisyen di India melaporkan aktor itu menitiskan air mata selepas keputusan mahkamah dibacakan. Beberapa teman seninya turut meluahkan rasa sedih selain memberikan sokongan dan menunjukkan simpati. Aktres, Hema Malini turut berdoa dan berharap semoga hukumannya dapat dikurangkan. Ada yang berpendapat jika Salman dipenjarakan ia akan memberi kesan kepada jualan tiket filem lakonannya yang akan ditayangkan.
kesian, salah tahun 2002 tahun 2015 baru sabit kesalahan kene 5 tahun plak tu