KUALA LUMPUR: Apa akan terjadi jika anda melakukan selfie luar kebiasaan? Jawapannya dalam masa tidak sampai sehari semalam, anda akan menjadi terkenal!
Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar jurusan fotografi Universiti Teknologi MARA, Mohd Hasrul. Dia yang mengambil gambar selfie ketika naik ke atas pentas untuk mengambil skrol, menjadi mangsa usikan dan kritikan di laman sosial gara-gara tindakannya itu.
Ada yang memuji keberanian Hasrul, ada juga yang mengkritik dengan mengatakan tindakan tersebut melanggar protokol majlis.
Pengguna Twitter, mynamehakim menyatakan selfie sebegini sebenarnya sudah lama diamalkan di Barat.
benda ni actually bergantung kepada protokol majlis tu sendiri... ada u yang jaga betul tatatertib... nak jaga prestige dan sebagainya... ada u yang tak kisah dan kasi kebebasan nak buat apa apa... ada yang kasi menari... ada yang kasi selfie... ada yang wajib pakai costplay lagi... so jangan la main sondol... i believe that uitm still hold the prestige on organising such event... so kasi beradab la sikit... kalau cansellor tu rela di wefie,,, musti dia senyum dan tunjuk peace ke haper... ni masam semacam..means dia mmg tak selesa...
unibesiti lain buley buat doesn't mean unibesiti ko buley buat... dah grad pon bangang lagi...