Kalau hendak mengambil gambar sendiri (selfie) jika tidak kena pada tempat memang mengundang padah juga. Baru baru ini tindakan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ber’selfie di atas pentas konvokesyen menerima kritikan ramai.
Menurut laporan Harian Metro, pelajar tersebut Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 telah digantung pengajian selepas perbuataannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.
“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” ujarnya.
Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun atau dua selepas bertindak memalukan UiTM.
“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.
cube die selfie sambil pegang sepanduk i luv privatemessage(pm) ke, x pon selfie pegang sepanduk logo " hidup ketuanan tuan-tuan", mungkin ada banyak NGO bangkit mempertahankan tindakan beliau..lulz