Post by manjacat on Jun 22, 2015 9:58:01 GMT 8
Meluahkan kebimbangannya terhadap isdustri seni baru-baru ini, Astro Awani melaporkan bahawa Sheila Majid menyatakan pendapat bahawa industri muzik di Malaysia tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya.
“Di negara ini, bila bercakap tentang hiburan, orang hanya memikirkan tentang lawak slapstik. Muzik semakin dipandang sepi malah di sekolah pun ia tidak lagi diajar. Kita perlukan sokongan kerajaan dan juga orang ramai untuk menghidupkan industri ini.
“Dunia hiburan negara bukan sekadar slapstik dan gosip,” tegas Sheila katanya selain mengakui cemburu dengan kerancakan industri seni muzik di negara jiran khususnya Indonesia serta pengaruh kuat gerakan K-Pop yang mendapat sokongan teguh pemerintah Korea.
“Anda fikir K-Pop itu baharu? Ia sudahpun dirancang sejak sekian lama. Pemerintah Korea membelanjakan berbilion dollar untuk meningkatkan taraf industri seni mereka, termasuk memberi pendidikan tentang seni dan muzik kepada kanak-kanak sekolah”
“Mereka juga mengajar penggiat seninya mendalami kursus bahasa Inggeris. Lihat saja hasil pertama mereka iaitu penyanyi Rain,” kata Sheila.
Selain itu, Sheila turut menjelaskan dengan menyukai seseorang artis tidak membantu menjana pendapatan dan akibatnya ramai artis dan penggiat seni berputus asa.
“Sememangnya muzik di Malaysia tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya. Suatu hari nanti, industri muzik Malaysia akan mati,” luah Sheila yang kini sudah 30 tahun berada di dalam industri seni suara.

aku cuma nak highlight part ini je
“Di negara ini, bila bercakap tentang hiburan, orang hanya memikirkan tentang lawak slapstik."
this is so true.
persembahan nyanyian artis memang takde masuk TV dah sekarang.
harap muzik muzik jelah
itupun tak ramai orang tengok.
rancangan yang high rating sekarang semua berkaitan dengan lawak..
pemuzik sekarang semua bergantung kepada persembahan pentas je..