Post by manjacat on Jun 23, 2015 2:19:46 GMT 8
visz Purple_Rose yang ni korang minat tak?
AZIZOL ABU HANIFAH THE MAESTRO OF YOB
Jika berbicara siapa lagenda pasukan Perak memang agak ramai. Namun bila dibuka topik most gifted player saya rasa Azizol lah jawapannya. Beliau adalah simbol kegemilangan Perak pada era 90-an. Ikonik no.12 dalam pasukan Perak dan beliau sangat dedikasi untuk pasukan ini. Ini juga antara reason ramai antara kita yang menngemari no.12. Ada kawan saya orang Perak bercerita, tiap kali mereka ada tournament biasa biasa di hari terbuka sekolah, berebut nak no.12 dek penangan Azizol Abu Hanifah. Azizol sentiasa menggunakan no.12 untuk Perak atapun Malaysia.
#EXPANDING CAREER
Kerjaya Azizol boleh dikatakan terlibat dengan Perak dalam semua peringkat umur dari belasan sehingga ke skuad utama. Nama beliau terus menjadi perhatian apabila dipilih menyertai skuad kebangsaan pada lewat 80-an. Kejayaan pertama Azizol di peringkat kebangsaan adalah pada sukan SEA 1989 dengan membawa pulang pingat emas. Sukan SEA pada ketika ini umur terbuka dan Malaysia masih dikira powerhouse di Asia juga. pada 1990, Azizol dipilih menyertai skuad Sukan Asia. Dia dan Parvindran memang antara bakat terbaik pada masa itu.
#COMEBACK ISTIMEWA PIALA FA 90
Pada 1990 dalam edisi sulung Piala FA, Azizul membantu Perak menewaskan Selangor selepas ketinggalan 2-0. KEtika itu dikatakan, penyokong Selangor Chanting Kejor Yob Kejor. Akhirnya Yob berjaya mengejor dan meninggalkan deme. Perak menang 4-2 dan Azizol antara arkitek mereka. Slogan itu yang terus digunakan Perak sehingga ke hari ini walaupun ada slogan skor yob skor namun Kejor Yob Kejor lebih significant dan recognized. Azizol pada ketika itu berjuang bersama lagenda Perak yang lain seperti Nidzham Adzha, Paarvindran dan S. Silvarajoo. Ia adalah antara publisiti terbesar Azizol di kalangan followers liga M dan memahatkan lagi nama beliau sebagai special player yang fokus kepada bolasepak walaupun ketinggalan.
#PEMAIN PENTING MALAYSIA
Karier Kebangsaan beliau bermula sejak awal 80-an lagi apabila menjadi kapten Malaysia dalam kejohanan Piala Presiden di Korea Selatan. Pada tahun 1991, Azizol dipilih menyertai skuad Pesta Bola Merdeka bersama legend lain seperti Shebby Singh,Lim Teong Kim, Nidzham Adzha, Mubin Mohktar, Yap Wai Loon, Azman Adnan, Chong Kim Boon, Saziman Ismail, Salahuddin Che Rose, V Thinagaran,Wong Kok Sum, Lee Thean Ewe, Edres Selamat, Azmi Mohamad, Ong Kim Swee, Chong King Kong dan ramai lagi. Ini antara generasi yang cukup talented selepas era Supermokh, Santokh Singh dan Soh Chin Aun.
Boleh dikatakan beliau adalah aset penting Malaysia. Terlibat dalam game persahabatan menentang England dan banyak lagi. Pada 1993 beliau turut dalam skuad utama ke kejohanan pesta bola merdeka. Jika pada 1991 Malaysia gagal menjurai kejohanan, kali ini Azizol dan rakan rakan menewaskan Korea Selatan di Final dengan Dollah Salleh dan Azman Adnan dalam senarai penjaring. Kejohanan yang turut disertai Fandi Ahmad dan Singapura. Kalau sekarang boleh ke Malaysia menapau Korea Selatan 3-1 ?
Selain Azizol, Skuad Malaysia ketika itu turut dibarisi pemain seperti:
Khairul Azman Mohamed, P.Maniam, K.Gunalan, See Kim Seng, A.Jayakanthan, Mubin Mokhtar, A.Elanggovan, Ahmad Yusof, Lee Kin Hong, Malek Rahman, Dollah Salleh, Azman Adnan.
Pada Piala Jemputan Dunhill Malaysia menentang England, Azizol dan Matlan beraksi hebat. Siapa sangka seorang lagi bakat luar biasa Matlan Marjan melakukan brace (2 gol) ke atas England. England menang 4-2 dan Lineker antara penjaring mereka.
#Skil Dan Artistik
Saya selalu menyatakan Azman Adnan sebagai contoh pemain yang artistik dengan skil yang semulajadi. Namun Azizol saya boleh katakan hampir 40% melebihi keupayaan yang dimiliki Azman. Era Azizol merupakan era bad boy Maradona dan Azizul keerap digelar sebagai Maradona Malaysia. Jurulatih Claude Le Roy turut menggelar Azizul sebagai Maradona. Beliau mampu dribbling sampai 5 - 8 pemain. NO HAL ! Walaupun padang ketika itu keras. Azizol, Khairul Azman , Azman Adnan dan Zainal Abidin dalam satu team memang power la.
Beliau melengkapkan metafora Maradona dengan sedikit fancy dalam game. Sedikit lagak star yang membolehkan beliau adalah pure anchor man di dalam padang. Biasalah zaman itu, siapa star memang ada lagak tersendiri. Pemain yang sentiasa berlari di dalam padang dan sentiasa enjoy bila bola dikaki. Jika pada hari ini, di era facebook, beliau ada pesona menjadi selebiriti bola.
#KOMPETITIF
Pada era 90-an Malaysia membuka pintu kepada pemain import, namun Azizol dan rakan rakan beliau amat kompetitif. Mereka tetap bersaing menguasai senarai penjaring ataupun pemain terbaik. Jadi ia bukan alasan untuk pemain pada hari ini gagal menjadi pemain yang kompetitif atas alasan pemain import. Azizol dipilih Player of The Year Liga M tahun 90. Manakala Zainal Abidin dan Hashim Mustapha menjadi pemenang kasut emas divisyen 1 dan 2.
#ANTIPLOT
Karier Azizol seakan akan berakhir selepas terpalit insiden rasuah pada pertengahan 90-an. Skandal yang turut menyebabkan berberapa rakan beliau di dalam pasukan Perak turut dibuang daerah. Kemudian Azizol terus tidak kedengaran ataupun cuba melakukan comeback seperti yang dilakukan oleh rakan beliau Matlan Marjan. Sayang sekali !
Sehingga ke hari ini saya masih belum melihat bakat seperti Azizol, bukan sahaja dalam pasukan Perak, malah pasukan kebangsaan. Salah satu bakat yang lahir sekali sahaja di bumi Malaysia namun gagal dimanfaatkan. Beliau pernah dinobatkan Asian Team of The Year oleh konfederasi bolasepak Asia (AFC) pada tahun 1990 kalau tak silap. Karier beliau pernah hampir berakhir lebih awal selepas tackle keras Lim Teong Kim namun Azizol adalah fighter dan bangkit semula.
#STILL LEGEND
Walau dimana sekali pun beliau berada, beliau adalah lagenda. Mungkin dicemari sedikit isu rasuah. Secara teknikal beliau adalah pemain yang cukup lengkap dan gifted. Jika era moden anda pernah melihat influence Zidane dalam pasukan beliau. Itulah tipikal Azizol. Beliau adalah enforcer. Perak mungkin melahirkan ramai bakat baru setiap tahun dengan keupayaan mereka menjadi feeder pemain muda namun Azizol cuma ada satu. Pada penyokong Perak dan kita yang pernah menyaksikan beliau beraksi ia boleh dikira salah satu perkara special edition. Azizol adalah 'duta' pasukan Perak secara tak langsung dan sangat berpengaruh.
AZIZOL ABU HANIFAH THE MAESTRO !
- via Axello Tacts