MANAMA: Media sosial di Arab Saudi berdebat mengenai kegilaan terhadap perbuatan selfie yang disifatkan sudah melampau. Ini berikutan aduan orang ramai bahawa mereka yang mengerjakan umrah di Masjidil Haram, Makkah menimbulkan masalah serius setiap kali berhenti mengambil selfie sehingga menyekat pergerakan jemaah yang lain. "Saya menunggu 10 tahun untuk merakam detik istimewa ini sebaik dapat melihat Kaabah dan menunaikan umrah," kata seorang warga Pakistan, Abdul Rahman Yaseen. Nur Eddeen Husain berkata, dia tidak berniat menyusahkan jemaah yang lain sebaliknya hanya mahu merakam semua aktivitinya sepanjang umrah. "Ia peluang sekali seumur hidup dan saya mahu menyimpan kenangan berkenaan," katanya yang dipetik oleh laman berita Arab, Sabq. Bagaimanapun, sebahagian warga Saudi beranggapan trend selfie sudah berubah daripada wadah ekspresi diri kepada satu godaan yang sukar dikawal serta menyusahkan jemaah lain. Seorang blogger yang dikenali Citizen berkata: "Orang pergi ke Masjidil Haram mencari ketenangan dan memanfaat setiap detik untuk menyembah Allah, bukan untuk mengambil gambar." - Agensi
Last Edit: Jun 29, 2015 10:01:07 GMT 8 by manjacat
aku tak komen sangat pasal berselfie ni since mende ni adalah mende yang in skarang bagi can la budak budak muda
YOLO
aku idak le minat berselfie
cuma kalau nak berselfie depan kaabah tu agak tak berapa praktikal tau tau la depan kaabah tu 24 jam orang dok beratur nak tengok/cium hajar aswad tu sampai tok arab kene letak pak guard kat situ untuk memastikan takde orang buat menda ngarut ngarut agak menggangu trafik sebenarnya. seumpama ko berenti kat tengah highway semata mata nak berselfie kat tengah jalan
orang orang klasik akan cakap amek gambar kat tempat ibadat ni.. well.. taboo la orang datang nak semayang bukan nak amek gambar
haha maybe lepas ni kaabah akan letak specific rules, dilarang amek gambar dan berselfie depan kaabah kira rare la sape sape yang dapat bergambar selfie tersebut
Post by morpheuzneo on Jun 29, 2015 22:51:03 GMT 8
memang dulu tak boleh bawak masuk kamera. ! malah sapa bawak dslr still akan di tahan di pintu masuk besar..
melainkan kau isi dlm best yg tak nampak sangat.
tapi kan.., aku sendiri pun pernah selfie depan kaabah..! tiada langsung niat nak riak ke apa.., mmg betul rasa kecil sangat.. dan rasa nk simpan kenangan paling indah dalam hidup depan kaabah utk ingatan diri.. agar dapat datang lagi.
memang tiap kali aku format phone.. bila phone dhberat sangat.. atau tukar phone.. gambar2 lain aku delete atau transfer ke cloud., tapi gambar2 di mekkah dan madinah.. tetap aku copy balik dlm phone.. utk ingatan sendiri..
ada satu perasaan bila tgk suasana di sana.. terasa ingin segera kembali.. dan berdoa akan di murahkan rezeki.
itu lah pengalaman sendiri.. pada aku ok nk berselfie.. tapi jgn laa sampai menyusahkan orang dan bertukar jadi ujub dan riak.. ! nauzubillah jauhkan sifat-sifat yg buruk itu dari dalam diri ku ya'allah..
Last Edit: Jun 29, 2015 22:51:52 GMT 8 by morpheuzneo
btol tu morp, tp tgk keaddaan lah kan, kalo mnyusahkan tu rasanya x perlu kot...kalo utk simpanan sendiri tu mmg aku pun akan selfie, yg mslh ialah dengan niat nak letak kat fb dll...hahaha