point aku, bukan pada pasal JVC ni kene tutup tapi lebih pada industri as a whole. kalau dulu, kompeni berebut rebut nak bukak kilang kat mesia skarang ni semuanya either kene retrench ataupun tutup terus
aku ada jumpe beberapa post yang aku rasa menarik untuk di share jap next post aku tepek
Kilang besar besar tutup bukan pasal xda pengeluaran....sebab kilang akan cari sesebuah negara yang ekonominye terjamin....skrg kenape jvc n banyak kilang kilang pegi ke negara lain seperti thailand combodia china sebab ekonomi kat sane stabil n kos operasi murah...kenape mase zaman tun m banyak kilang tumbuh n skrg nie banyak kilang tutup kat malaysia...korang fikirkan le ye - Mohd Firdaus Kushairi
Sharp dah kurangkan ramai kakitangan, Hitachi (Senai bungkus),.Matsushita, Sony banyak lagi dah kurangkan kakitangan dan buka operasi di negara lain i.e China, Thailand dsb. Cukai tanah juga tinggi, kos api & air rate tinggi dari diluar. Saya salah seorang yg VSS disalah sebuah kilang ini. Semasa zaman Tun M/DSAI ekonomi meletup jenoh saya keluar masuk IPTA/IPTS cari kakitangan termasuk masuk kg keluar kg cari pekerja. Sekarang anak dah graduate lama dah dari IPTA kerja belum dapat lagi. Alhamdulilah ambil PTPN sedikit dan seorang lagi tak ambil masa belajar. Zaman saya cari kerja lebih 30 tahun lepas cukup senang final exam lecture dah beritau sykt so & so nak pakai kakitangan, tak ada menganggur even masa ekonomi teruk pada 1997 pekerjaan masih senang nak dapat. - Apipah Mohaidin
Kerajaan menetap cukai setiap 10tahun kpd pelabur luar ini memanglah patut, yg xpatutnya cukainya yg terlalu tinggi boleh bina satu lagi kilang.. itulah silapnya kerajaan Malaysia pelabur luar da mula pandang ke arah lain - Norazman Yahya
Dulu2 barangan buatan UK, US...bila negara tu dah maju, kilang2 pun pindah ke Malaysia dari tahun 1980an...skrg ni Malaysia pun dah maju, rakyat berpendidikan, makin cerdik, gaji kena bayar lebih dan ada union dlm kilang utk demanding. So kilang pun mula tutup di Malaysia ke Thailand, lps tu Veatnam dan skrg ke China. Bukan sbb kerajaan memerintah...tp sbb kos pengeluaran yg murah. Sapa nak menega nak rugi??? Dan pelabur2 dari negara asing tu pikir soal kemanusiaan ka?? Depa pikir untung dan duit duit duit!! - Azman Haj
Teringat pasal kilang jvc tutup, teringat kisah kami dlu pernah mengalami keadaan yg sama...kilang dr US, Sanmina-Sci Corporation, sebab atas MD dr US mahu pindah production d china, n bagi alasan atas china tempat yang mempunyai kos yg rendah, n tak mau byr gaji minimum untuk operator, takut banyak kerugian, tapi tak da pun kerugian, juz cakap terus terang memang tak nak byr gaji operator besar sebab rugi n rakyat malaysia tak perlu bagi gaji besar2..smggu shutdown untuk sambut hari raya haji,..tarikh bukak kilang tiba2 kmi trz Q untuk terima surat 'Close of Office'..duit pampasan pn ada masuk hari itu juga , semua employee lain trz isok pagi duit sudah masok...dhlah xmau ikut prosedur malaysia, pampasan harus d byar 1.5 x gaji..tak tak,sebab MD tak mau rakyat malaysia yang keja kilang dapat duit banyak..bagi 0.66 cukup...kami tak puas hati, kilang international mcm nie pn takut bg pampasan yang banyak, sukati dia saja buat undang2,..baru stahun pertukaran MD baru, dh buat jahat...org puteh pintar, malaysia hanya mampu jadi org suruhan, itula kita jadi org yang sentiasa jadi mangsa...but,still today,..i always miss My Industries..Sanmina-Sci (M) Corporation Sdn Bhd..keep focus next future...bersabar lah buat pekerja kilang JVC,..hanya allah sja mengetahui, kita hanya meramal dan hidup harus d teruskan..jangan sedih n putus asa... - Fajrina Pem Syawaqila Pem
dulu menteri industri kita - rafidah aziz sangat tegas.. kilang kalau nk tutup .. kene mengadap MITI dulu.. sebab apa.. macam2 laa., kalau kerajaan malaysia boleh entertain.. mereka akan cuba tahan kan.
kini? ntah sapa2 yg jaga kementrian tu.., takde tokoh langsung.. tau buat lawak bodo dan bangang ala2 maslan aje.
Now bukan hanya kilang yg tutup.. ! Kt cyberjaya ni.. dah start dah kompeni2 cabut.. tinggalkan msc.. pegi ke negara lain yg kononnya lebih murah.. alasan mereka mudah aje.. negara lain murah.. tenaga lagi senang dapat.
tapi alasan sebenar - political risk di malaysia menjadi semakin tinggi! dah masuk kategori oren negara ni tau dak. walau BN masih memerintah.. tapi risiko ekonomi collapsed mcm greek semakin tinggi..! tanda2 dah banyak.. 1mdb.. mara.. felda.., MAS.. segala skandal ada.
jadi mereka tak nak terbabit dlm keadaan di mana bila negara chaos.. mereka tak boleh nak keluar dah. so sekarang masanya.