Kepada penyokong2 Parti Islam, jangan ingat kita bermusuh... Kita berkawan lah.. Kita nasihat menasihati.. Islam ni milik kita bersama.. Islam ni bukan hanya milik tuan2..
Saya nak pecahkan khurafat..
Bukan hanya Pas yg faham Islam..
Bukan hanya Pas yg perjuang Islam..
Orang lain pun faham Islam dan tidak bersama.. Cuma bila dia tak bersama dalam perjuangan tak bermakna dia menentang.. Ada benda yang kita boleh duduk sekali..
Berkawanlah dengan orang2 yang buat kerja dakwah dan jangan mendabik dada bahawa kita sorang je buat keje dakwah.. Setiap orang berjuang di bidang masing2.. Jangan kita ambik jalan untuk berkonfrantasi.. Terutama dengan ahli2 akademik, kena berkawan lah.. Sebab kami mengajar budak2 universiti.. Kalau dengan kami pun kamu nak berlawan, dengan NGO Islam lain pun kamu nak berlawan, nanti bila pilihanraya sapa nak undi kamu? Itu nasihat saya supaya kita matang dalam berpolitik dan matang dalam menguruskan perbezaan..
-- Dr Rozaimi Ramli, Pensyarah Kanan (Hadis), UPSI